Monday, August 22, 2011

Permohonan Maaf KOMPAS petanda imej NKRA baik

Tahniahlah najib akhbar tersohor Indonesia memohon maaf atas pelaporan 'fitnah' berhubung Big Mama membeli sebentu cincin mencecah RM24.2 j. Semua faham Big Mama sudah menabung sejak beliau kecil. Dan atas sikap berjimat cermat nya itu di mampu membelinya.

Tetapi ramai yang musykil, bahawa beliau membeli cincin masa Najib menjadi PM. Mungkin tabungannya 'tidak cukup' masa itu. Satu lagi , jumlah zakat harta yang dikeluarkan tentu banyak, tetapi kenapa projek PINTAR beliau minta bajet kerajaan hah..

Justeru, usahlah kita pertikaikan niat baik Big Mama itu. Tetapi apa pun dengan tertubuhnya beberapa kumpulaan dalaman Umno seperti AMANAH, PENAWAR, PERKASA, dan MUBARAK yang setia kepada kepimpinan adalah sesuatu yang menguasarkan mereka.

Ramai, ahli tegar Umno membaham bulat-bulat penafian KOMPAS akhbar dan majalah tersohor tetangga kita. Bagi orang yang terlibat dalam politik 'semua' ini amat diketahui dan difahami, manakala bagi rakyat mereka akan menerima bulat-bulat. Berkesannya media, apa pun kita jangan marah sebab Utusan dipegang saham oleh Umno, memang ia bukan sekadar lidah rasmi Umno, jauh daripada itu ia menjadi mulut, lidah gigi tekat dan usus kepada Umno.

No comments: