Musuh tradisi Umno adalah PAS, tetapi apabila orang heboh 1Malaya bahawa Umno akan hancur atau menghancurkan Umno oleh mantan, negarawan , bekas Pm Dr M dalam blognya mengenai Umno semua orang agak tertarik.
Dr M adalah bekas orang politik dan dalam berpolitik kita dan dia sama-sama tidak dapat melepaskan diri. hatta orang yang menyatakan mereka tidak berpolitik itu sendiri berpolitik dengan tidak mencampuri sebelah A atau B , bersikap neutral itu pun berpolitik juga.
Berbalik dengan Umno, kini kata Dr M ada 4 kumpulan dalang bagi menghancurkan Umno. Kumpulan pertama Penawar, Timbalan TPM dan yang lain-lain, beliau sendiri (walaupun) tidak dijelaskan dan satu lagi katanya kumpulan2 NGO Melayu yang lain. (nampak macam menyindir kumpulan Ku Li) lebih kepada AMANAH.
Dari segi sejarah, Umno memang banyak kumpulan dan kepala kumpulan yang suka jatuh dan menjatuhkan sesama mereka. Ini adalah adat saingan politik. Sementelahan pula politik Umno berteraskan kepada bangsa, mana ada prinsip halal haram dan etika moral macam orang Jepun.
Justeru, secara nyata nya kerusi dan kedudukan Najib tampak panas. Serangan 4 penjuru akan melemaskan Najib. Cuma stamina Najib dan selera Najib kita lihat walaupun lemah tetapi ia berstrategi, tetapi strategi beliau adalah membabi buta ala Machaveli, ini yang membuatkan strateginya 'kasar dan keras'.
Pendekatan PM bersikap kejam dengan musuhnya adalah satu pendekatan unpopulis. Itulah yang menyebabkan beliau tidak disukai, kekuatan yang ada padanya kerana ia anak Tun Razak. Senjata ini lah yang membuat rakyat kampungan amat menghormati dan menyuakinya.
No comments:
Post a Comment