Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0: SEMALAM DARURAT KINI PULIH DAH

Media penipu besar, semalam KL digambarkan darurat, hari ini darurat sudah pulih ? Siapa yang hebat kerajaan atau rakyat yang hebat ?

Kumpulan pengampu yang menjilat penguasa dan terus bersengkongkol dengan kezaliman serta ketidak adilan. Bagi diri mereka tidak merasa langsung kemelaratan kehidupan rakyat marhein. Kerana mereka duduk di atas dan kaya dengan memijak hamba rakyat jelata di bawah.

Rakyat terus menerus diperkudakan, mereka di atas mempelahap, meratah, merompak kekayaan negara serta membahagi-bahagikan kekayaan negara sesama puak dan kumpulan mereka.

Kita rakyat mahu menuntut supaya kerajaan yang ada kembali ke pangkal jalan. Minta diperbetulkan dan perbaiki kepincangan, keboborokan dalam semua sistem sendi negara. Kembalikan keyakinan rakyat.

Jangan memerintah negara semacam penyamun tarbus, musang berjanggut. Tunjukkan keikhlasan, perihatin dengan rakyat bawahan.

Rakyat di bawah amat perit kehidupan mereka. Ke mana duit zakat yang dibayar ? Rakyat terbelenggu dengan kemiskinan. Jangan kata mereka malas dan tidak berusaha ? Siapa yang memalaskan mereka ?



Ibu Kota Kembali Pulih Selepas Perhimpunan Haram

KUALA LUMPUR: Beberapa lokasi di ibu kota pada Ahad kembali "hidup" dengan kebanjiran warga kota membeli-belah terutama di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).

Tinjaun Bernama pada Ahad mendapati kawasan di sekitar kompleks beli-belah Sogo dipenuhi orang ramai yang kebanyakkannya datang bersama keluarga sempena cuti hujung minggu.

Pada Sabtu sekitar kawasan itu lengang kerana hampir semua premis ditutup akibat perhimpunan haram oleh sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.

Seorang pengunjung dari Kota Kinabalu, Sabah Saini Kussu, 62, dan isteri Rahmah Manjcik, 60, yang tiba di ibu negara sejak dua hari lepas, meluangkan masa membeli-belah sebelum berlepas pulang malam ini.

Saini bersyukur keadaan ibu kota kembali tenteram selepas perhimpunan itu tamat pada petang Sabtu, dan beliau lega kerana dapat membeli-belah dengan selesa.

"Saya tahu semalam (Sabtu) ada perhimpunan, jadi saya tangguhkan dulu niat untuk datang melihat kawasan Jalan TAR ini... Syukur hari ini semuanya sudah kembali seperti biasa.

"Keadaan dah kembali pulih dan tidak bimbang kalau orang ramai atau pelancong hendak bersiar-siar di kawasan ini," katanya.

Sharifah Azizam, 50, dari Terengganu pula membatalkan hasrat ke Jalan TAR pada Sabtu selepas polis mengarahkan agar orang ramai tidak masuk ke ibu kota.

"Yang buat perhimpunan itu menyusahkan orang sahaja dan polis terpaksa menutup serta menyekat jalan masuk ke dalam kawasan bandar terutamanya untuk menjaga keselamatan orang awam.

"Hari ini (Ahad) baru dapat datang dan bersiar-siar tengok pakaian dan barang-barang serta melihat gelagat orang ramai," katanya.

Bagi golongan peniaga pula, kebanyakkannya rugi dan ada yang kehilangan hampir RM4,000 kerana terpaksa menutup kedai lebih awal daripada biasa. Wilson Chye, 28, berkata sepatutnya Sabtu dan Ahad merupakan hari peniaga di kawasan itu menikmati keuntungan namun kerana perhimpunan haram itu, beliau rugi.

"Sepatutnya hari minggulah untuk kita untung... Tapi semalam 9Sabtu) memang kedai saya rugi besar sampai RM4,000 kerana orang ramai tidak berani datang ke sini.

"Hari inipun (Ahad) orang ramai masih ragu-ragu dengan keselamatan mereka, tetapi pengunjung pada tahap biasa walaupun tidak semeriah seperti selalu," katanya.

Sementara itu, S.Vinotharna, 32, pekerja sebuah pawagam berhampiran berkata premis tersebut terpaksa ditutup enam jam lebih awal daripada kebiasaan kerana bimbang keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal.

Tinjauan Bernama di sekitar Dataran Merdeka pula mendapati keadaan sudah kembali seperti biasa.

Perhimpunan haram pada Sabtu disertai kira-kira 6,000 orang di beberapa lokasi termasuk Jalan TAR, Dataran Merdeka dan Puduraya sebelum disurai polis kira-kira 5 petang. -BERNAMA

No comments: