Monday, July 18, 2011

Isu Premis Hiburan di Kedah: Kenapa Umno gembira sangat ?

Walaupun keputusan Kerajaan Kedah yang mahu menutup premis hiburan sepanjang Ramadhan tidak kesampaian keputusan itu pula menampakkan moral PAS jatuh di mata rakyat.

Namun dalam memahamkan peraturan dan undang-undang Islam kepada orang islam dan bukan islam bukanlah satu perkara yang mudah.

Inilah hakikat yang perlu diterima semua, walaupun Islam sudah berdaulat dan penerimaan di alam nusantara melebihi 1433 tahun.

Kenapa masih ada Islam dan bukan Islam gagal memahaminya ?

Justeru, sikap ketanggungjawaban itu wajar dipikul oleh semua pihak dan lebih mencabar lagi bagi kerajaan yang berkuasa dan ada kuasa.

Namun demikian kehibaan itu lebih menghibakan kita adalah dengan sikap padan muka Utusan Melayo dengan melabelkan TGHH berdolak dalik soal hukum hakam dan peraturan Islam. Utusan mengambil pendekatan menyerang dan memperlekehkan usaha pihak berkuasa di Kedah bagi merealisasikan peranturan berkenaan.

Dan lebih malang lagi sikap merendah diri PAS yang akur dan menarik balik larangan (sudah termaktub dalam Enakmen Kedah) tentang hal ini menyukakan Umno dan media Umno.

Sentimen dan emosi PAS tunduk kepada DAP, kerana undi bukan islam adalah satu paparan yang dangkal. Umno sepanjang masa bermain dan bersikap berpolitik pada setiap masa, termasuklah dal hal-hal senstif seumpama ini.

Justeru, apa lagi yang boleh kita bergantung dengan 'pohon berhantu - istilah almarhum Ust Fadil kepada Umno) dengan sikap mereka seumpama ini.

Islam bukan bersama-sama dinaikkan atau dimartabatkan, tetapi mereka (Umno) yang mengaku Islam menginjak-injak jika ada bukan kalangan mereka yang mahu Islam dimartabatkan. Inilah wajah Umno yang hipokrti dalam melaksanakan Islam.










Hadi cuba ‘tegak benang basah’


ABDUL Hadi Awang bersama Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Julai – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba ‘menegakkan benang basah’ apabila menafikan parti itu sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP, berhubung isu larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

Meskipun fakta menunjukkan Pas terpaksa menarik balik larangan penuh, kurang 24 jam selepas menerima kata dua daripada DAP, Abdul Hadi mendakwa, perubahan kepada larangan sedia ada itu kononnya demi membetul peraturan salah yang dibuat oleh UMNO.

Pada masa sama, beliau turut menyalahkan UMNO dan media arus perdana, termasuk akhbar berbahasa Cina, kerana dituduh sengaja memutar-belitkan berita bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan orang Islam itu sendiri.

“Bukan...Ini bukan kerana Karpal Singh. Kita tidak tunduk kepada DAP. Kita membetulkan peraturan salah yang dibuat oleh UMNO. UMNO tidak ada sempadan antara hak orang bukan Islam dengan Islam itu sendiri, sebaliknya kita membuat sempadan, ia (sempadan) perlu ada.

“Pas mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh diselesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kelmarin, Karpal yang juga Pengerusi DAP memberi kata dua kepada Kerajaan Pas Kedah supaya menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu, mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Serentak dengan amaran tersebut, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri setuju menimbangkan semula larangan berkenaan bagi menggembirakan semua pihak yang menentang keputusan itu.

Menurut Abdul Hadi, perubahan terpaksa dibuat terhadap syarat lapan, Jadual B, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang sebelum ini mewajibkan semua pusat hiburan tidak boleh beroperasi pada Ramadan dan pada malam Jumaat, selepas mengambil kira semua pandangan.

“Perubahan yang kita buat ialah, pusat hiburan boleh beroperasi dengan hanya dikunjungi oleh bukan Islam. Jika didapati ada orang Islam kita akan batal lesen serta-merta. Perubahan ini selepas kita mengambil pandangan semua pihak, terutamanya parti komponen dalam pakatan,” katanya.

No comments: