Tuesday, July 19, 2011

BERSIH 2.0: Penjernihan kepada Politik Jijik

Selepas melakukan serangan ke atas BERSIH 2.0 dan seluruh yang terlibat. Media arus perdana berbahasa Melayu yang jelas memihak kepada pemerintah, menyimpulkan dengan meletakkan semua yang menyertai Himpunan Aman BERSIH 2.0 diibu negara tempoh hari adalah pesalah dan sama-sama bersubahat dengan pengkhianat negara. Hasilnya tidak menampakkan kejayaan besar.

Namun sanggahan tersebut gagal dibalasi dengan saingan media alternatif yang mendedahkan dan membuat pendedahan bertali arus suka duka pengalaman rakyat 1Malaysia. Paparan audio visual situasi serangan PDRM dijawab . Dan rasa keMalaysiaan rakyat yang bersama-sama menjayakan misi BERSIH itu meletakkan kerajaan yang ada adalah terlalu amat kejam dan tidak berperikemanusiaan dalam menyuraikan pada pendemo (walaupun alasan arahan atasana & menjalankan tugas)

Situasi ini mengundang kepada kenyataan Timbalan KPN yang meminta rakyat jangan musuhi atau bencikan pasukan polis, kerana katanya kami hanya menjalankan tugas dan mengikut arahan orang atasan (sama jawapan dengan orang bawahannya).

Kini tiba masa nya rakyat bakal menghukum kekejaman, tindakan tidak berperi kemanusiaan mereka itu.

Politik jijik, politik bobrok, politik qazaf mewarni warna-warna politik negara. Justeru pencerahan dan penjernihan politik ala ini diproseskan oleh rakyat pada 9 Julai lalu. Politik kotor jijik ini perlu ditolak, kerana ia bakal menghancurkan tamadun peradanan kemanusiaan sejagat.

Usaha ini adalah harga perjuangan yang rakyat perlu bayar, semaian nya perlu diterus dan diusahakan sehingga berjaya. Kita bimbang anak-anak cucu cicit kita masa depan akan mengecam datu nenek mereka satu hari kelak yang mewarisi kejijikan kekotoran seumpama ini sevagai warisan kekal kepada mereka.



BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG telah jangka ada pihak tertentu membaca dari sudut negatif siaran wawancara Mingguan Malaysia dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Peranan ‘tangan ghaib’ yang mencampuri urusan dalaman negara perlu diambil sebagai peringatan.

Awang ambil pendirian kita kena berhati-hati. Gerakan anti-kerajaan perlu disiasat dengan teliti.

Bukan mudah untuk kita buktikan penglibatan tangan-tangan dari luar ini.

Apa pun kita kena lihat manusia yang ada di dalam negara ini juga.

Dalam keghairahan untuk menuntut hak asasi manusia dan amalan demokrasi, ada pihak dalam negara kita sanggup terima dana ‘bantuan’ daripada pihak asing.

Isu utama pada Awang sekarang ialah bagaimana kita hendak menghalang sikap rakyat kita yang sanggup ‘dibayar’ oleh orang asing.

Kalau orang dalam negara kita sendiri sanggup diperkudakan, maka kunci kubu pertahanan negara pun boleh dibocorkan.

Awang yakin, jika rakyat kita sendiri kuat jati dirinya mempertahankan negara daripada musuh luar, tak mungkin dana asing dan campur tangan luar berjaya masuk ke negara kita.

Percayalah, musuh tidak akan dapat menembusi benteng kedaulatan negara ini jika bukan disebabkan pengkhianatan daripada rakyat kita sendiri.

Awang – Bersama rakyat.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:





No comments: