Friday, July 08, 2011

BERSIH 2.0 : Permit Lulus Serta Merta Pulak Dah

Semasa maklumat ini ditulis kita masih menunggu maklumat rasmi. Menteri Dalam Negeri dan KDN membenarkan Himpunan Bersih 2.0 dibuat diluar KL, pulak dah.

Masa dulu kenapa depa tidak fikirkan pasal soal keselamatan, sahaja nak buat kecoh. Maka lagi kecoh dan panik lagi baik.

Terima kasih Perkosa dan Patriot kerana minta Stadium TPCA dan Stadium Titiwangsa. Dan kome Stadium Merdeka.


Polis Lulus Segera Permit Perhimpunan Luar KL - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Polis akan memberi permit kepada mereka yang menganjurkan perhimpunan di luar Kuala Lumpur Sabtu ini.

"Kelulusan boleh diperoleh segera.

"Semua permohonan di mana-mana stadium dalam Kuala Lumpur ditolak.

"Polis dan kerajaan telah bersikap adil kepada semua pihak dan menawarkan permohonan berhimpun di stadium di luar Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat

Pemuda Umno dan Bersih 2.0 telah memohon untuk berhimpun di Stadium Merdeka sementara Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu Stadium Titiwangsa sebagai lokasi mereka berhimpun.

Dalam pada itu, Hishammuddin menegaskan, pihak berkuasa akan bertindak dengan apa cara sekalipun mengikut pertuntukan undang-undang kepada mereka yang sengaja melanggar undang-undang.

"Bagi polis dan kementerian saya, keselamatan awam merupakan keutamaan," katanya

No comments: