Kehadiran luar biasa pasukan keselamatan negara, berserta kerahan sokongan pasukan polis Dengan menutup 32 laluan utama mke Pusat Bandar, hampir melumpuhkan aktiviti perniagaan kelmarin.
Dengan arahan menutup premis perniagaan dengan memberi persepsi bakal berlaku huru hara adalah satu tindakan yang amat tidak bertamadun bagi rakyat sebuah negara yang merdeka. Pengarahan beberapa premis strategi sebagai umpan atau 'denak' bagi memerangkap para demo menjadikan Polis sebagai 'tali barut dan kuda kayu bagi kerajaan Umno Bn.
Pasukan Polis gagal bertindak secara profesional sebagaimana moto yang terpapang pada congan kata keramat mereka yang mana sekadar menjadi kosmetik bagi mengabui mata rakyat teramai.
Tindakan provokasi sejak berminggu-minggu sedikit pun tidak mencacat dan melemahkan penyertaan kumpulan ribuan rakyat yang perihatin ini. Dengan berbekal kefahaman keilmuan, semangat ribuan rakyat seluruh negara terus menerus bertumpu ke KL sejak petang Jumaat kelmarin.
Bantuan dengan mengimport seluruh logistik ke kuatan laluan ke semua masuk pintu negara utara selatan dan timur hampir-hampir memberi gambaran Kuala Lumpur akan Darurat ( Head line Utusan Malaysia) - Dewan Ulama PAS membuat laporan Polis tentang hal provokasi Um ini.
Apa yang penting arahan Presiden PAS agar semua ahli PAS hadir ke ibu kota disahut. Seluruh ibu kota didatangi dan dipenuhi oleh ahli PAS mencecah 100,000 ribu orang. Ia ibarat semut yang berjalan masuk. Dari segi mata kasar pasukan polis berjaya membuat & mengadakan kawalan rapi ke setiap laluan masuk paling berjaya.
Tahniah IGP baru kerana membuat percaturan rapi, anda hebat.
Walaupun pasukan PDRM berjaya mengagalkan Himpunan Aman ini, ini adalah permulaan kepada segala-galanya.
No comments:
Post a Comment