Thursday, June 16, 2011

Rakyat Usah Takut Dengan Himpunan Bersih 2.0


Dengan berbekalkan ketakutan kepada rakyat dan bimbangkan keadaan keselamatan rakyat, himpunan Bersih 2.0 anjuran PAS disignalkan sebagai 'bahaya' dan tidak diperlukan. Berbanding dengan Himpunan 1Juta Belia tempoh hari yang 'dikerahkan' ke Putrajaya bawah naungan Umno bagi 'mempertahankan' Putrajaya.

Mana-mana anjuran himpunan kerajaan atas nama apa sahaja bakal disokong dan dihalalkan. Begitu juga sedikit masa lalu Umno PPinang berarak ke Bangunan KOMTAR tidak diapa-apakan oleh kerajaan P Pinang DAP (PR). Justeru apa masalahnya dengan Himpunan Bersih 2.0

Semua rakyat 'perlu' fahami bahawa PAS (PR) menuntut bersih dalam daftar Pemilih kelolaan SPR. Gunakan dakwat pencelup bagi tujuan pengundian, selesaikan beberapa kes tunggakan dalam undi POS yang diamalkan sekarang oleh SPR (kuda tunggangan Umno) maka selesailah Himpunan Bersih. Himpunan ini cuma mengulangi Himpunan Bersih 1.0 untuk menyerahkan memo kepada YDPA atas beberapa perkara tuntutan daripada pihak pembangkang (kerajaan menunggu).

Rakyat tidak perlu takut, jaminan Bersih 2.0 akan aman jika tiada provokasi daripada pasukan keselamatan yang bertindak menjadi (agen gerak saraf dan gerak gempur Umno). Mana ada pemuda Umno yang menjadi Pemuda Tahan Lasak.

Muslihat pembangkang rancang perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR 15 Jun - Perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini menunjukkan parti pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) melalui proses pilihan raya.

Malah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perhimpunan itu juga dilihat sebagai jalan singkat bagi Anwar yang sedang mengejar masa untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, Bersih adalah usaha kelam-kabut mengulangi perhimpunan Hindraf yang pada mereka membawa hasil sehingga berlaku tsunami politik 2008.

"Ia juga untuk menutup malu di atas kekalahan mereka semasa pilihan raya kecil, pilihan raya umum Sarawak baru-baru ini dan mengalih perhatian terhadap isu peribadinya.

"Perhimpunan itu juga ada muslihat lain iaitu mahu meneruskan perang polemik agar dapat memanjangkan jangka hayat politik Anwar dan mempermainkan sentimen rakyat. Dengan kata lain, momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan BN mesti dikekalkan," katanya dalam entri terbaru 'Anwar out of the race' di laman http://puadzarkashii.blogspot.com hari ini.

Tambah Mohd. Puad, ketika ini sokongan rakyat kepada BN khususnya UMNO semakin bertambah termasuk sokongan daripada pengundi muda.

"Bersih dijadikan alat untuk mengekalkan momentum panas, marah, keliru, benci dan tidak tenteram. Sebab itu, ia mahu diadakan di tengah kota dan di tempat yang sibuk," ujarnya.

Menurutnya, matlamat pembangkang berhubung penganjuran perhimpunan itu tidak akan tercapai kalau ia diadakan dalam stadium.

"Matlamat utama Bersih ialah supaya rakyat bangun seperti yang berlaku di beberapa buah negara Arab di mana rakyat memberontak di jalan-jalan raya. Maka, mudahlah kerajaan BN yang kembali mendapat sokongan rakyat ditumbangkan," ujarnya.

No comments: