Thursday, June 16, 2011

Bersih Pemuda UMno: KJ rujuk Perkasa=Perkasam

Perkabaran mengembirakan buat pertama kali, Umno ikut PAS dan PR. Isu Himpunan Bersih 2.0 anjuran PR kini berjaya mengheret Umno bersama-sama ke arah membersihkan apa-apa yang 'dikira' dikira tidak bersih amalan dan pekerjaan tangan-tangan ghaib yang banyak mendajalkan rakyat

Cuma kali ini yang sahut adalah Pemuda Umno melalui Ketua Pemuda yang diketepikan. Entahlah banyak mana yang berjaya dihimpunkan. Mungkin tengelam samalah dalam lautan manusia baju kuning.

Justeru, kita minta KJ selaku Ketua Pemuda Umno berunding dengan YB Berahim Ali bagi menyelaraskan himpunan berkenaan. Kita bimbang akan berlaga sesama mereka antara KJ dan Berahim. Kita tahu Berahim kuat demo dulu semasa zaman muda, itu sebab dia sering mahu menjadi hero dalam dan luar dewan mahu menjadi hero. Tetapi dia kini panglima yang dikudungkan kerana mentor beliau tidak merestui tindakan kurang bijak untuk 'come back' dalam kabinet Umno.

Walau apa pun Tok Jib kena rujuk dulu kedudukan Berahim kini yang nampak berani bila PRU13 lah. Entah ada entah kan tidak, kita minta Berahim terus lah memegang Perkasa yang lama kelamaan bakal menjadi 'perkasam' sahaja.



Pemuda Umno Akan Anjurkan Perarakan Pada 9 Julai

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan menganjurkan satu perarakan pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, demikian kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Perarakan itu adalah pada hari yang sama dengan perhimpunan Bersih.

Kata Khairy, memorandum tersebut mengandungi saranan menyeru agar sistem demokratik negara ini dipertahankan dan juga syor-syor untuk memperkukuhkan lagi proses pilihan raya umum dijalankan di Malaysia.

Khairy mendakwa terdapat bukti yang menunjukkan ramai pengundi yang diubah dari tempat mengundi dari kawasan yang dimenangi pembangkang ke kawasan yang mereka tewas.

Ditanya apakah nanti, perarakan tersebut akan bertembung dengan perhimpunan Bersih, kata Khairy, suara rakyat bukanlah hak parti pembangkang semata-mata.

Malah katanya, beberapa badan bukan kerajaan telah menyatakan sokongan mereka untuk bersama-sama Pemuda Umno menyertai perarakan tersebut.

No comments: