Sunday, June 12, 2011

PAS Tukar Negara Islam Negara Kebajikan: Umno Dari islam Hadhari kepada 1Malaysia ?

Perasaan kasihan Umno kepada PAS kerana berubah dasar sudah tidak kedengaran sejak 2 hari sudah. kemungkinan penasihat Umno Apco memberitahu bahawa strategi berkenaan tidak lagi sesuai.

PAS didakwa membuat pusingan U, kerana mengenepikan dasar perjuangan bagi menegakkan negara islam kepada negara kebajikan. Dan Umno terus mendakwa PAS baru tersedar bahawa Umno sebenarnya sudah lama memperjuangankan kebajikan kepada rakyat.

Agenda serangan diteruskan selepas PAS mengenepikan golongan ulama dan menerima tawanan gologan Edorgan atau lebih popular ialah kumpulan Anwariyun

Umno mengitar dan mempergunakan juru lawak dan tukang bom kalangan serpihan PKR yang melompat dan memberi ruang melaporkan pandangan dungu dan memperbodohkan rakyat. Cerminan seolah-olah mereka adalah malaikat bukan katogeri binatang politik (dengan izin).

Meracau racau dan berteriak tidak keruan merendah-rendahkan 'alam politik Malaysia'. Dan mereka adalah kuda-kuda kepang tunggangan Umno.

Bak kata Asri mantan Mufti Perlis, kita tahu siapa yang memperalatkan agama untuk tujuan agama dan siapa pula yang memperalatkan agama untuk tujuan politik.

Macamlah dakwaan Umno PAS berubah dasar daripada memperjuangkan Negara islam kepada negara kebajikan. Dan apakah status Umno yang mulanya memperjuangkan Islam Hadhari kepada 1Malaysia.



Pas menunggu kehancuran

PASIR MAS 11 Jun - Pas disifatkan sebagai sebuah parti yang sedang menunggu masa untuk hancur disebabkan pembawaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mendapat sokongan padu daripada semua ulama serta golongan akar umbi.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Abdul Hadi kini telah terpengaruh dan terpaksa mengikut kehendak golongan 'Anwarinas' bagi memastikan Pas relevan dalam pembangkang biarpun menggadai dasar perjuangan parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Beliau berkata, gaya kepimpinan dan dasar perjuangan Abdul Hadi sebenarnya amat berbeza dengan golongan 'Anwarinas' yang hanya mahukan kuasa dan memperjuangkan idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

"Saya percaya yang membawa isu ini adalah pemimpin Pas tetapi di bawah (keadaan) kucar-kucir, pemimpin di peringkat bawah dan ahli berasa keliru, ini bermakna Anwar berjaya mempengaruhi pemimpin Pas tetapi tidak pada akar umbi.

"Bagi saya Pas satu parti yang sedang menunggu kehancuran. Dia boleh sorak menang tetapi kalau kampung tergadai apa gunanya, ini yang berlaku kepada Pas hari ini," katanya selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini malam tadi.

Ceramah Perdana itu disertai tiga Ahli Parlimen Bebas iaitu Zahrain, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin. Ia diadakan bagi memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, kedudukan Abdul Hadi sebagai Presiden juga goyah kerana kumpulan tersebut sedang menunggu masa untuk mengambil alih kepimpinan parti itu.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments: