Sunday, June 12, 2011

9 Julai adalah terjemahan SUARA RAKYAT


Sesak dan terdesak tarikh 9 Julai adalah tarikh keramat rakyat. Hari sabtu pertama bulan Julai depan bakal diadakah himpunan aman 300,000 rakyat bagi menuntut keadilan dan bersih cara gaya pilihanraya di urus di Malaysia.

Kini, ramai pengulas penganalisa, Umno seluruh Malaysia membuat laporan polis bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 ini dijalankan.

Hari ini kolumnis Wang Selamat, mengulas bahawa rakyat SUSAH. Istilah susah kepada Wang Selamat kerana rakyat terpaksa tutup kedai, pelancong tidak datang dan kesesakan teruk dan luarbiasa di ibukota.

Maknanya selama hari ini, ada rakyat buka kedai 24 jam kerana mereka susah dapatkan rezeki, kuasa rakyat membeli lemah ekonomi lemah, pelancong enggan datang kerana malaysia kini sudah penuh dengan 'pekerja pelancongan' dan paling istimewa KL tidak pernah sesak lalulintas.

Inilah kedunguan tukang ampu , ampu apa sahaja bagi membela golongan penguasa kerana dalam diri kumpulan ini, jerit hati rakyat 'tertindaas' disampahkan. justeru laungan ingatan bhawa RAKYAT tetap ada kuasa bakal diterjemahkan pada 9 Julai ini.


Bersih atau kotor?


Ketegangan yang dicetuskan pada perhimpunan Bersih anjuran pembangkang pada 2007 masih menghantui ramai warga kota. Perhimpunan Bersih 2011 mensasarkan penyertaan 300,000 orang.


PELBAGAI pihak melahirkan kebimbangan terhadap perhimpunan Bersih yang dirancang oleh parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Dari penjaja jalanan, pemandu teksi, pekedai hinggalah kepada agensi-agensi pelancongan khuatir aktiviti ekonomi di ibu negara akan lumpuh pada hari berkenaan.

Puluhan laporan polis telah dibuat mahu pihak berkuasa menghalang perhimpunan itu. Awang boleh faham kebimbangan mereka jika diimbas perhimpunan Bersih 2007 dan beberapa perhimpunan haram yang mencetuskan kekecohan.

Masih segar dalam ingatan warga kota bagaimana suasana Kuala Lumpur begitu tegang, jalan raya sesak teruk dan banyak kedai serta pejabat terpaksa ditutup.

Apa yang berlaku sebelum ini memberi implikasi buruk. Ia menyusahkan rakyat, menjejaskan aktiviti pelancongan dan menggugat ketenteraman awam.

Tetapi semua itu tidak diambil kira oleh pembangkang. Matlamat menghalalkan cara. Kali ini, penganjur Bersih berhasrat menghimpunkan 300,000 peserta demonstrasi bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Agenda tersirat ialah mencetuskan ketegangan dengan membakar sentimen rakyat bagi meraih keuntungan politik. Apatah lagi imej pembangkang merudum kebelakangan ini, yang memerlukan gerakan seperti Bersih untuk bangkit.

Lebih menimbulkan persoalan ialah perhimpunan itu turut didalangi oleh NGO yang anti-Islam dalam pemikiran dan tindak-tanduk mereka. Penyertaan Pas lebih sekadar pak turut kerana golongan pro ketua pembangkang, Anwar Ibrahim atau Anwarinas sudah menguasai parti itu. Timbalan Presiden Pas yang baru, Mohamad Sabu pula mahu menjadikan perhimpunan itu bagi membuktikan kebolehan dan pengaruh beliau. Bagi PKR, Bersih akan menjadi suntikan baru kepada mereka yang amat lemah sekarang. Sementara pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, akan tersenyum puas kerana rata-rata yang menyertai Bersih sudah tentunya orang Melayu. Begitulah dangkalnya Melayu berpolitik, yang faedah besarnya dinikmati kaum lain.

Orang yang paling gembira di sebalik perhimpunan itu nanti ialah Anwar. Ia satu lagi peluang bagi mengalih isu sebenar iaitu masalah moral beliau yang hangat diperkatakan. Menghasut rakyat menerusi demonstrasi jalanan adalah ‘kepakaran’ beliau sebagaimana yang dimulakan selepas dipecat daripada kerajaan.

Awang sedih kerana sampai hari ini, ramai yang terpedaya dengan muslihat Anwar. Beliau mempergunakan rakyat untuk menutup penyakit moral yang serius dan bagi menyelamatkan karier politiknya. Belum pernah dalam sejarah dunia, ada pemimpin pembangkang yang tergamak berbuat demikian. Biasanya mereka yang terlibat skandal di luar negara meletakkan jawatan segera tetapi di Malaysia, Anwar masih menegakkan benang basah meskipun bukti saintifik cukup kukuh.

Dalam beberapa ceramahnya kebelakangan ini, beliau secara terbuka mempromosi agar orang ramai menyertai perhimpunan Bersih . Pada Awang, perhimpunan itu adalah kotor. Majoriti rakyat tidak akan terpengaruh melainkan ahli dan penyokong tegar pembangkang. Awang cadangkan kepada rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan menolak hipokrasi agar berdiri di kiri dan kanan laluan, dengan membawa sepanduk skandal pemimpin pembangkang.

Paparkan juga keratan akhbar beberapa individu yang menjadi mangsa liwat. Merekalah yang sebenarnya perlu dibela jika kita mendokong budaya bersih. Apa sahaja yang mahu dipaparkan, paparkan sahaja atas nama bersih. Awang percaya, perhimpunan tersebut boleh sedikit sebanyak bertukar wajah dan akhirnya menjadi senjata makan tuan kepada pembangkang.

Mesej utama yang perlu disampaikan ialah rakyat mahu pemimpin pembangkang yang bersih akhlak dan moral - bukannya yang kotor dan menipu. Sama ada suka atau tidak, kita tidak punya pilihan, selain menyelamatkan negara ini daripada pemimpin seperti itu.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments: