Friday, June 24, 2011

Kekalkan Bn, Bakal Mengundang Kehancuran Hakiki

Sejak bila kerajaan jadikan sektor ekonomi 'pelancong asing' menjadi sumber utama pendapatan negara. Alasan bahawa himpunan rakyat selepas 50 tahun merdeka 1kali bakal diadakan pada 9 Julai 2011 bakal menjejaskan sumber Ekonomi Malaysia adalah alasan paling tidak munasabah.

Maknanya selama hai ini sektor ekonomi seperti pertanian sawit dan getah, petroleum bukan menjadi sumber utama pendapatan negara lah.

Hanya 1 kali rakyat berdemo bakal memporak purandakkan ekonomi negara. Ekonomi negara akan terjejas teruk kerana berlaku demontrasi jalanan ini. paling menghairankan ekonomi terjejas bila demo ini dilakukan oleh rakyat yang bukan Umno, jika demo seperti di bandar Kota Baru dan Bandar P Pinang tempoh hari ekonomi 'tidak pula dilaporkan terjejas', pelancong asing tidak berkunjung tiba.

Inilah intipati laporan Berita ringkas sebentar tadi oleh TV3 yang memberi persepsi bertapa buruk sikap rakyat yang terdalang dan didalangi oleh puak atau pihak-pihak tertentu yang mana mempunyai agenda asing.

Racunan pemikiran Umno Apco bagi mempertahankan legasi keutuhan kerajaan yang ada cukup kuat. Inilah strategi umno Apco yang sentiasa memerangkapkan jerangkap samar terhadap rakyat supaya jangan akur atau terliur dengan ajakan pembangkang.

Walhal, jika dipandang melalui mata halus dengan pemikiran sihat terbuka, rakyat semakin terhimpit dengan urustadbir negara yang semakin menghancurkan negara.

Situasi dan kedudukan negara yang menghampiri bangkrapsi amat mengerunkan kita. Umnoko mahu terus mengekalkan kuasa mereka sampai pemimpin Umno mati berdiri. Rakyat dipersetankan, rakyat digula-gulakan kesinambungan kepimpinan Umno Apco semakin membarahkan keparahan kepada rakyat dan negara. Kesan langsung kini mulai dirasai , buktinya kehidupan mewah pemimpin negara secara luarbiasa amat-amat mengerunkan sesiapa sahaja yang berakal.


No comments: