Sunday, May 15, 2011

Keputusan mahkamah; Anwar bersalah meliwat 6 tahun penjara ?

Semasa berita ini ditulis Anwar Ibrahim berada di Bera Pahang. Sebentar tadi beliau menghadiri Jamuan Pakatan Rakyat Bera di Bandar Kerayong. Majlis jamuan tersebut diadakan secara tertutup tetapi terbuka kepada semua.

Bera adalah kawasan parlimen Menteri minyak naik Dato Ismail Sabri Yaakob. Sebelah malam ini mengikut jadual Anwar bakal berceramah di Felda Purun Bera Pahang. Kelmarin sahaja ahli-ahli Umno seramai 100 orang menjadi (berok jalanan -pinjam kata-kata KJ Ketua Pemuda Umno) kerana membantah Anwar yang tidak bermoral itu datang 'meracun' orang Bera. Maka berpusu-pusu lah peneroka Felda (ahli umno) membantah menolak kehadiran Anwar Ibrahim.

Sementera pihak berkuasa khasnya PDRM bertungkus lumus mahu menghalang kehadiran Anwar. Dimaklumkan sekatan demi sekatan jalanraya dibuat di sekitar Bera. tujuan bagi menakut-nakutkan rakyat daripada hadir dan berada di Bera.

Manakala yang besarnya hari esok Anwar akan ke mahkamah bagi menerima keputusan dakwaan liwat fasa II. Ramai yang meramal Anwar bakal dihumbankan kembali ke Penjara Sg Buluh kembali. Semua percaya dan berkeyakinan begitu.

Pihak berkuasa kini sedang merangka rancangan dan mengatur keselamatan perbicaraan esok berjalan seperti yang dirancangkan. Mungkin malam ini adalah malam final dan para hakim dan halim serta peguam negara tidak cukup kakitangan dan tidak tidur malam bagi menjayakan rencana rancangan esok.

Jika begitulah keputusannya bidang kehakiman gerhana kembali. Video seks entah ke mana Dato T menjadi taik.

Kita nantikan telemovie kerajaan Melayu yang mahu Melayu bersatu itu.

1 comment:

1Crony said...

Pemimpin lahanat UMNO ini dah rasa mereka terlalu berkuasa dan ingin hidup seribu tahun lagi. Sudah-sudahlah mengkhianati bangsa dan agama serta memperbodohkan golongan warga emas dan pemuda bacul. Jangan sampai tsunami dan gempa bumi 8 skala ritcher melanda dan menghancurkan harta-harta haram kamu semua di negara ini, baru kamu semua mahu bertaubat dan rasa diri ini hanya insan kerdil di bumi Allah ini?