Giliran selamat Pahang kali ini adalah berhubung dengan pembinaan kilang memproses sisa radioaktif mahu didirikan di Gebeng Pahang.
Semalam, sekumpulan rakyat Pahang yang perihatin telah membuat demo di perkarangan parlimen, meminta kerajaan memberi perhatian dan menerima kebimbangan rakyat agar projek berbahaya ini jangan diuteruskan, sudahlah dan cukuplah dengan apa yang terjadi kepada peristiwa sama di Bukit Merah Perak menjadi iktibar kepada pemikir dan penguasa negara kita.
janganlah terlalu mahu mengejar kemajuan sehingga mengadai nyawa rakyat negara dalam jangka masa yang cukup panjang. Semua kita tahu displin rakyat negara kita, teknologi negara kita, tehap kecaknaan masyarakat kita. Jangan kerana pembangunan semua mahu digadaikan.
Dengarlah rintihan rakyat ...cukuplah... batalkan projek ini
Radioaktif: Pahang perlu faham rakyat bimbang
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang menyatakan pembinaan kilang pemprosesan sisa radioaktif di Gebeng, Kuantan adalah selamat serta tidak menjejaskan keselamatan penduduk persekitaran. Sehubungan itu, Timbalan Presidennya, Amidi Abd Manan menggesa Kerajaan Negeri Pahang mengadakan dialog dengan wakil-wakil masyarakat setempat dan NGO-NGO yang membantah pembinaan kilang terbabit. “Dialog ini amat perlu untuk mencari titik persefahaman di sebalik percanggahan serta perbezaan pandangan yang diutarakan kedua-dua belah pihak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Abim juga, katanya turut menyarankan kerajaan negeri memahami kerisauan dan kebimbangan rakyat terutama sekali di kawasan Perindustrian Gebeng dan sekitarnya. Katanya, kerisauan itu sebenarnya tidak boleh diketepikan begitu sahaja terutama sekali setelah tragedi kebocoran radioaktif yang melanda Jepun baru-baru ini, dan suatu ketika dahulu di Tasik Bukit Merah, Perak. “Merujuk konteks tragedi Bukit Merah, kita telah menyaksikan kesan-kesan yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat setempat meskipun pada suatu ketika telah menerima jaminan keselamatan daripada pihak-pihak berkenaan terutama sekali Kerajaan Negeri Perak,” ujarnya. Beliau menambah, adalah menjadi harapan menerusi pertemuan itu nanti, kedua belah pihak akan sama-sama menemukan kebenaran untuk membolehkan keputusan akan diambil dapat menjamin kepentingan bersama dan yang paling utama kepentingan generasi akan depan. Dalam hal ini, ujarnya Abim sedia menawarkan diri sebagai platform perantaraan dan perbincangan di antara kedua belah pihak. Menurutnya lagi, kelestarian alam dan kelangsungan generasi bukanlah satu isu yang sewenangnya boleh dijadikan modal politik untuk pihak tertentu mengejar dan mempertahankan kepentingan pihak tertentu. Justeru, katanya proses dialog dan perbincangan seharusnya dibudayakan agar sebarang perancangan serta perlaksanaan sesebuah dasar dapat dilaksanakan tanpa mengabaikan kepentingan pelbagai lapisan masyarakat. |
1 comment:
Kalau warga Gebeng dan sekitarnya bangun bagi membuat bantahan berhubung perkara tersebut adalah lagi baik dan amat berkesan. Tetapi kebanyakan mereka ini adalah pekerja swasta yang hanya pentingkan kerjaya dan perniagaan atau periuk nasi sendiri, perkara lain yang belum tentu terjadi mereka tak akan hiraukan. Maka berbahagialah MB Pahang kerana mempunyai rakyat yang cukup kasihkan kamu dan amat mempercayai "qadak dan qadar" yang selalu menyebelahi kamu.
Post a Comment