Friday, April 22, 2011

Malaysia bakal menjadi hub video lucah

Presiden UEFA, Michel Platini mohon maaf kepada para peminat bola kerana harga tiket mahal. Namun PM 1Malaysia macaman mana ? Kini usahkan mohon maaf malah mahu pula berkira-kira dan congak mahu naikkan harga RON 95 .

Inilah mentaliti pimpinan negara kita. Penulis terbaca dalam blog list yang paparkan kereta mewah anak bekas MB Perak yang 'memiliki kereta mewah' yang canggih beb ? usahlah kita tanya daripada mana ia dapat wang, tetapi itulah anak pemimpin negara kita, tidak segan-segan menujukkan kemewahan dan kemampuan mereka.

Pesan nabi inilah antaranya 'penyakit-penyakit' akhir zaman ? Termasuklah seperkara lagi promisi terhabt abad ini ia itu video lucah ketua pembangkang , versi 2. Nanti akan terbit video lucah Rais, video lucah JJ dan bermacam-macam lagilah. hanya masa sahaja bakal menentukan.\


Dengan promosi video lucah berversi-versi ini. malaysia bakal menjagi pengkalan hub video lucah di pasaran antarabangsa. maknanya JChan bakal tutup industri actionnya filemnya, kerana rakyat Malaysia sudah beralih haluan.


UEFA minta maaf harga tiket final terlalu mahal


2011/04/22

LONDON: Presiden UEFA, Michel Platini meminta maaf kelmarin kerana harga tiket final Liga Juara-Juara yang terlalu mahal dan mendakwa ia dijual lebih 10 kali ganda di pasaran gelap.

Harga tiket untuk perlawanan di Stadium Wembley pada 28 Mei itu, naik dua kali ganda daripada harga final dua tahun lalu buat sebahagian penyokong.
“Ia adalah satu kesilapan, ia tidak baik,” kata Platini di London untuk penyerahan trofi Liga Juara-Juara. “Tetapi bukan mudah untuk menetapkan harga tiket final Liga Juara-Juara.”
Harga tiket dijual 90 pound (RM446) pada 2009 naik kepada 175 pound (RM868) pada 2011. Harga tiket tahun lalu yang menyaksikan Inter Milan menumpaskan Bayern Munich ialah 155 pound (RM768).

Harga tiket 140 pound (RM694) pada 2009 meningkat sekitar 85 peratus menjadi 260 pound (RM1,289) pada 2011.

Peminat yang membeli tiket yang dijual di pasaran Eropah juga perlu membayar yuran pentadbiran sebanyak 31 pound (RM153).

Bagaimanapun Platini berkata walaupun UEFA menjual tiket dengan harga rendah tetapi ulat tiket di England pasti akan menjualnya dengan harga tinggi untuk meraih keuntungan. - AP

No comments: