Friday, March 11, 2011

Umno Bukannya Kuat Sangat

Benarkan kerajaan Umno Bn kuat ? Jawapannya kerajaan Umno Bn tidaklah sekuatmana tetapi pada zahirnya sahaja nampak kerajaan Bn macam kuat. Ego kekuatan kerajaan Bn diukur dan dinilai melalui kejayaan berganda mereka meraih dua kemenangan dalam dua PRK Kerdau Merlimau yang diadakan serentak pada 6 Mac yang lalu.


Kekuatan Umno Bn hanya diukur melalui peti undi dengan sokongan serta perbandingan jumlah undi yang diraih. Kebetulan keputusannya undi memihak kepada Umno Bn, malah meningkat daripada sebelumnya. Di Kerdau undi Bn naik mendadak daripada 1,600 kepada 2,724 undi. Di Merlimau pula menjadi 3,655 undi daripada 2,456 undi sebelumnya.


Menurut pengarah PRK Kerdau Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, pertambahan undi kepada Umno kerana peratusan keluar undi meningkat daripada sebelumnya menjadi 83.24%. Kedua, pertambahan pengundi baru kepada 8,999 orang daripada sebelumnya. Ketiga penggunaan jentera kerajaan secara maksimum.

Kekuatan Umno Bn hanya dibantu dan ditolongi sepenuhnya oleh jentera kerajaan. Kerahan jabatan-jabatan kerajaan spt JKR, PDRM, Tentera, JKM, JHEOA, Perkeso, JPN, Jabatan Pendaftaran Negara, Bomba & Penyelamat dan sebagainya. Rata-rata menurunkan pegawai-pegawai kanan 'atas arahan bertugas' bagi membantu Umno secara 'halal' atas nama kerajaan.

Dalam hal ini isteri penulis yang bekerja dengan salah sebuah jabatan di atas mempunyai pengalaman tersendiri mengatur lawatan menteri berkenaan khas dalam misi di Kerdau. Dakwaan Dato Tuan Ibrahim tidak dapat dinafi dan disangkal. Kebenarannya tetap ada.

Kemasukan undi luar biasa melalui pertambahan undi menjadi jumlahnya kepada 8999 juga merupakan satu kejuatan. Justeru, tungkus lumus jentera PAS dengan dibantu oleh DAP dan PKR gagal menyaingi keseluruhan 'kerahan' jentera kerajaan.

Jentera Umno, hanya sebagai kosmetik, mereka lebih kepadaa pelengkap dan menjadi pelancong pilihanraya dengan hanya mengaya dan memperaga fesyen dan cara pemakaian. Penulis hanya terserempak beberapa kali jentera puteri dan wanita Umno bergerak rumah ke rumah, dan kami sempat menyapa mereka. Dengan jentera wanita Umno malu dan tersipu-sipu bila berselisih dan ditegur sapa oleh calon PAS waktu itu.











No comments: