Wednesday, March 09, 2011

Cedik Pandai Yang Dibeli atau Terbeli

Dua professor universiti tempatan kelmarin menjadi tamu RTM rancangan bualbicara Isu Khas berkenaan pilihanraya Kerdau dan Merlimau. Kedua-dua tamu undangan terus memberi pandangan mengikut kaca mata RTM dan kerajaan, itulah tujuan pun mereka diundang.Pandangan mereka adalah pandangan sehala.

Dalam negara kita, kita lemas dan malas bercakap soal kebebasan berfikir dan memberikan pandangan yang bertentangan dan berlawanan dengan pandangan arus perdana. Kerana di negara kita akan dicop sebagai sesuatu yang tidak sihat.

Ironisnya, apa yang ingin diketengahkan bayangkan bagaimana dua cerdik pandai yang diundang pun boleh berfikiran sedemikian. Pemikiran sehala, malah mereka ini pula tergolong juga sebagai orang yang hebat intelektualnya pun gagal memikir dan membuat rumusan pertimbangan yang secara rasional. Usahlah diharapkan sesuatu yang luarbiasa daripada masyarakat orang kampung bagi membuat keputusan.






No comments: