Terkini adalah larangan kerajaan Kelantan dengan 'kegiatan menghisap shisha' yang nampak tidak bermoral den memberi ketidakbaikan kepada manusia yang mana amat berleluasa penularan cara baru menghisap selain daripada rokok.
Seharusnya kerajaan bertanggungjawab terhadap rakyat, dan adalah tidka salah bagi kerajaan lain selain Kelantan untuk hisap sampai mampus shisha dalam negerinya sendiri.
Dengki dan cemburu serta sinis dengan keadaan ini, bukan hanya menempelak kerajaan Kelantan tetapi mula mahu menempelak mana-mana yang 'haram' di sisi islam.
KOTA BARU: Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB)membatalkan lesen dua restoran di Jalan Tok Hakim dan Jalan Long Yunus di sini kerana menyediakan shisha di premis mereka.
Yang Dipertua (MPKB) Nazran Mohamad berkata, kedua-dua premis itu adalah di antara berpuluh kedai makan dan restoran yang diserbu dalam operasi mencegah penjualan shisha di bandar itu sejak dua minggu lepas.
Katanya, keputusan membatalkan lesen perniagaan dua restoran itu dibuat pada mesyuarat MPKB, Selasa.
"Premis itu melakukan kesalahan berulang kali selepas pemiliknya membayar kompaun sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Shisha adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau pelbagai perisa bagi menggantikan rokok atau cerut.
Nazran berkata, penyediaan shisha di restoran adalah dilarang di bawah Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan.
No comments:
Post a Comment