Friday, March 18, 2011

PAS Gelabah Umno Cemas

Membaca tulisan Zul Bakar dalam rencana UM hari in di bawah PAS Semakin Gelabah tidak ada pandangan baru dan idea baru yang konkrit. tulisan berlandaskan 4 PRK Galas, tenang, Merlimau dan Kerdau. Kemenangan mutlak dan bergaya Umno ke atas, memberi kekuatan dan keyakinan baru bahawa umno mulai diterima kembali.

Ukuran dan kayu ukur undi sokongan kepada Umno 'pulih' adalah masih kabur dan jelas, kerana banyak laporan manipulasi Umno Bn 'memperalat dan memperguakan' apa cara , jalan, kaedah bagi merealisasikan kemenangan. Yang penting dalam kitab Umno adalah 'memang'. Itulah sanjungan dunia asuhan didikan umno kepada rakyat Malaysia.

Walaupun daripada segi etika, moral dan akhlak berpilihanraya Umno 'jauh' menyasar membawa wataknya sebagai pemerintah atau penguasa yang 'adil'. Hanya keadilan berdasarkan kaca matra mereka.

Sememang diakui dari segi angka, jelas-jelas Umno menang bergaya. Undi semua kaum 'diraih' kencang, jentera Umno dan menteri umno tersenyum kagum. Aku menang berbisik dalam hati mereka.

Jika Umno kuat mengapa 'kerja-kerja ' mengelabah Umno. Kes manipulasi MyKad yang menjerumuskan negara ke kancah kehinaan. Gadai negara dengan pemberian My Kad secara wewenang. bantahan demi bantahan, pendedahan demi pendeahan gagal membuka mat hati Umno bn yang tuli dan pekak. Kerana tindakan mereka ini adalah satu tindakan yang cukup bahaya dan tidak bermoral. Bantahan PAS Selangor pendedahan 'berani dalam Harakahdaily' gagl juga membuka mata Umno.

Ada dia kisah...Itulah umno


Namun mereka yang terlibat hatta 'tersenyum kambing' Umno akhir akan jatuh dengan perbuatan nya sendiri juga. Hanya masa sahaja akan tiba menghukumnya. Nantikan saat - saat kejatuhan Umno


Pas semakin gelabah?


KEKALAHAN Pas kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau, baru-baru ini adalah mesej daripada rakyat. - utusan/Mahathir Ali


SELEPAS tewas empat kali berturut-turut di dalam pilihan raya kecil yang diadakan, Pas kini boleh dikatakan berada dalam keadaan cacing kepanasan. Kepimpinan parti itu semakin memahami bahawa populariti yang mereka kecapi terutamanya ketika Pilihan Raya Umum 2008 semakin merudum.

Gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan dan kemudiannya kecundang di Tenang, Merlimau dan Kerdau sudah cukup memberi tamparan kepada kepimpinan Pas. Walaupun ia sudah jelas membuktikan bahawa pengundi terutamanya orang Melayu semakin ramai tidak menyebelahi parti itu namun Pas masih lagi tidak mahu mengaku kelemahan mereka.

Sebaliknya, kepimpinan Pas termasuklah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mencari ruang bagi mengelakkan mereka dipersalahkan. Terbaru, Abdul Hadi ketika berbahas di Dewan Rakyat, Isnin lalu mempersoalkan kenapakah Barisan Nasional (BN) memerintah terlalu lama sehingga didakwanya mewujudkan pelbagai masalah di dalam negara termasuk perpecahan.

Kalau beliau bertanya kenapa BN boleh perintah terlalu lama bagaimana pula kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Redang sejak 1986, tidakkah kedudukan begitu lama itu juga atas kehendak rakyat seperti mereka memilih BN kekal memerintah negara ini?

Oleh itu, apa yang dihujahkan oleh Abdul Hadi hanyalah pandangan seseorang yang boleh dianggap tertekan dengan situasi yang melanda partinya sekarang. Apa yang lebih penting untuk dibicarakan ialah mengenai nasib Pas selepas ini terutamanya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ketika berbual-bual dengan beberapa penyokong tegar Pas, mereka mengakui populariti Pas merudum sejak parti itu mengadakan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Mereka berhujah pada mulanya segalanya nampak elok memandangkan ketiga-tiga parti itu mempunyai matlamat yang sama dalam Pilihan Raya Umum 2008 iaitu menumbangkan BN.

''Tetapi apabila kuasa sudah dimiliki, maka parti-parti PKR dan DAP mulalah tunjuk belang, Pas seolah-olah dipinggirkan dan diperalatkan ketika pilihan raya sahaja,'' kata seorang penyokong Pas dari Kedah kepada penulis.

Sebenarnya, sama ada hendak diakui atau tidak tindakan bekerjasama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan Pas dilihat tidak konsisten dalam perjuangannya.

Ia kerana parti itu dilihat sanggup menggadaikan prinsip perjuangannya demi meraih kuasa bersama-sama dengan PKR dan DAP. Apa yang ditentang oleh parti-parti itu terhadap sesetengah dasar Pas, sekarang seolah-olah dipatuhi oleh Pas.

''Segalanya kerana hendak menjadi hati kawan dan tindakan ini tidak menguntungkan Pas, sebaliknya orang semakin keliru apa sebenarnya yang hendak Pas perjuangkan. ''Sebagai pemimpin Pas di peringkat akar umbi, susah juga kami hendak menjawab apabila soalan ini ditanya oleh rakyat,'' kata seorang pemimpin Pas di peringkat cawangan.

Selain kerjasama dengan PKR dan DAP yang dikatakan mengelirukan rakyat terutamanya orang Melayu, turut menjadi persoalan ialah pendirian Pas mengenai perjuangan berkaitan kaum Melayu. Persoalan ini wujud kerana ketika mula-mula bekerjasama dengan PKR dan DAP, Pas dilihat begitu takut untuk bercakap soal perjuangan Melayu.

Malahan segala usaha bagi memungkinkan mereka berunding dengan UMNO berhubung perpaduan Melayu dan kepentingan umat Islam menemui jalan buntu. Keadaan itu wujud kerana Pas menguar-uarkan, mereka berjuang untuk semua kaum sehingga bersedia menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas yang dikhaskan untuk bukan Melayu.

Tetapi secara tiba-tiba dalam tempoh sebulan lalu, Pas mula bercakap soal pentingnya menjaga kepentingan Melayu dan tanpa segan silu menegaskan hak-hak istimewa Melayu perlu dimartabatkan. Dan dalam usaha memberikan gambaran terhadap pendirian Pas itu, Abdul Hadi ketika berucap di Dewan Rakyat juga mendakwa hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan pada masa ini dinodai 'fanatik kepartian' UMNO.

Presiden Pas itu mendakwa, hak itu hanya berlegar dan dirasai kelompok parti pemerintah sahaja dan rakyat selainnya tidak merasai keistimewaan yang dijanjikan Perlembagaan itu.

"Apa yang merisaukan kita, hak istimewa ini tidak dijaga dengan baik menyebabkan fanatik kepartian berlaku. Yang dipentingkan adalah bumiputera yang menyokong UMNO, yang sokong parti pemerintah di Sabah dan Sarawak, kemudian ditambah lagi kroni-kroni pemimpin tertentu.

Itulah dakwaan Abdul Hadi, tetapi apa yang tidak mahu dilihat oleh Pas ialah sejauh manakah perjuangan Melayu yang dibawa oleh UMNO melalui BN telah memungkinkan orang Melayu sekarang sudah mampu 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.'' Malahan berikutan ketegasan UMNO mempertahankan hak-hak orang Melayulah, ia memungkinkan semua orang Melayu termasuk di kalangan penyokong Pas sendiri merasai nikmatnya.

Tetapi demi politik, kepimpinan Pas cuba menafikannya dan lidah rasmi mereka menguar-uarkan kenyataan pemimpin-pemimpin parti itu agar orang Melayu tidak lagi menyokong UMNO sebaliknya menyokong Pas sebagai parti induk Melayu. Apa yang anehnya, sebelum ini Pas cuba mengelak soalan untuk orang Melayu. Apa yang sering mereka tegaskan ialah perjuangan untuk semua kaum sehingga ada pemimpin mereka yang sanggup menyatakan tidak bangga menjadi Melayu.

Oleh itu, apabila Pas sejak kebelakangan ini mula bercakap soal perjuangan Melayu, maka ia sudah tentu menimbulkan persoalan apakah ia benar-benar ikhlas atau sekadar meraih kembali undi yang semakin hilang di dalam genggaman. Pas amat memahami PKR dan DAP tidak akan memberikan mereka bertanding di kawasan selamat, sebaliknya mahu tidak mahu Pas perlu bertahan di kawasan yang pernah ditandingi dan ini tentulah melibatkan kawasan majoriti pengundi Melayu.

Tetapi disebabkan sikap tidak konsisten mereka dalam perjuangan orang Melayu, maka bahaya yang menanti ialah mereka akan kehilangan sokongan kelompok berkenaan. Ia sudah berlaku di Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Jumlah undi yang diperoleh calon Pas sudah jelas membuktikan bahawa parti berkenaan mampu mengekalkan sokongan di kalangan penyokong tegar mereka sahaja tetapi pengundi Melayu atas pagar sudah kembali menyokong UMNO dan BN.

Lihat sahaja di Galas, jika pada tahun 2008 mereka mendapat 4,339 undi tetapi dalam pilihan raya kecil itu Pas hanya mendapat 4,134 undi. Begitu juga di Tenang, undi Pas merosot daripada 3,875 undi pada tahun 2008 kepada 2,992. Trend yang sama berlaku di Merlimau apabila Pas meraih 2,319 undi berbanding 2,877 undi pada tahun 2008, manakala di Kerdau pula, jika pada tahun 2008 mereka memperoleh 2,520 undi tetapi dalam pilihan raya kecil lalu turun kepada 2,336.

Fakta-fakta inilah sebenarnya merimaskan kepimpinan Pas sehingga mereka cemas dalam mengatur strategi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Tetapi Pas tidak akan mendapat apa-apa jika mereka tidak mahu bermuhasabah sebaliknya semakin gelabah menyalahkan UMNO dan BN terhadap kemerosotan sokongan yang dialami.


No comments: