Friday, March 04, 2011

Kerdau: Nizar dan Calon PAS Santuni Pengundi Cina Kerdau

KERDAU: Menteri Besar Perak yang sah Nizar Jamaluddin mengingatkan pengundi Cina Kerdau bahawa pilihanraya kecil ini menangkan calon PAS sebagai tanda sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Minta rakyat di Kerdau berjanji pada 6 Mac ini pilihlah calon PAS sebagai wakil mereka nanti.

Tuan-tuan tidak rugi memilih calon PAS, kerana jika menang calon PAS pun MB Pahang dan kuasa kerajaan masih lagi ditangan Umno Bn juga, katanya. Tunjukkan isyarat bahawa mereka tidak boleh selama-lamanya menzalimi kita sebagai rakyat.

“Di Perak kita memerintah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR menjadi kerajaan, semua dalam keadaan harmoni dan baik, tetapi Najib Razak melalui Polis, SPRM, SPR dan Undang-Undang merampasnya secara tidak demokratik, merampas secara haram ujar beliau dengan disambut tepukan gemuruh oleh para hadirin yang terdiri daripada masyarakat Cina di sini.

“Umno Bn katanya adalah parti pembohongan mereka berbohong kepada rakyat, mereka adalah kumpulan pemerintah yang baik, tetapi mereka adalah pengkhianat

Di bawah slogan Angin perubahan dan ubah sekarang adalah fenomena yang cuba dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil N28 Kerdau.

Hadir sama di majlis makan malam anjuran DAP adalah calon PAS Sdr Hassanuddin Salim dan isteri, Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Sing Giew, persuruhjaya PAS Negeri Sembilan Sdr Zulkefy Ahmad, ahlijawatankuasa MT PKR Dr Muhammad Nur Manuty dan rakan-rakan pengundi Cina seramai 500 orang.

No comments: