Friday, March 04, 2011

Bomba Penyelamat Untuk Selamat Siapa di Kerdau

KERDAU: Umno dan kerajaan Umno rakus dan terus memperkosa demokrasi berpilihanraya khususnya dalam pilihanraya kecil Dun Kerdau, Pahang. Hari ini sahaja memperalatkan Pasukan Bomba dan Penyelamat dengan mengerahkan semua para pegawai seluruh Pahang supaya hadir ke Pekan Kerdau hari ini.

Hasrat murni Umno dan kerajaan untuk mempertingkatkan tahap kesukarelawan di kalangan masyarakat Cina adalah disanjungi dan dihargai. Namun niat suci dan murni itu ternyata melanggar 'etika' dan "akta Pilihanraya 1956 yang disanjungi sebagai undang-undang yang perlu dipatuhi.

Malang dan kesal undang-undang ini terpakai hanya kepada parti pembangkang sahaja, tidak Umno dan kerajaan. Undang-Undang sarang labah-labah ini hanya terpakai untuk parti yang tiada kuasa sahaja.

Dan dalam masa yang sama mereka bercakap mereka adalah penyelamat, bapa pembenar kerana mahu selamatkan Malaysia daripada pembohongan. Inilah wajah-wajah hodoh Umno disebalik hidden images yang rakyat Kerdau dapat celikkan minda mereka


No comments: