Apakah gilanya rakyat Malaysia, membuat demontrasi mendesak Dato Seri Anwar Ibrahim menyerahkan DNA. Kenapa perginya polis, pendakwaraya (peguam negara) iaitu kalangan orang yang terlibat langsung pendakwaaan dakwa liwat II ke atas beliau. Siri demontrasi rakyat mendesak Anwar serah DNA. Apa kesannya dengan kehidupan rakyat. Jika Anwar terhukum apa faedah kehidupan rakyat ?
Kenapa rakyat mendesak dan marah Anwar hanya enggan serahkan DNA? Beliau siapa hanya seorang ketua pembangkang yang digantung. Bukan siapa-siapa ? Kenapa takut sangat ? Mengapa rakyat terbanyak mahukan DNA diserahkan apa faedahnya kepada mereka. Himpunan dibuat serantak di seluruh negara. Boleh dikatakan semua bandar seluruh Malaysia membuat demontrasi berkenaan. Hanya di Sabah dan Sarawak sahaja yang tidak membuat demontrasi agaknya.
Situasi ini , mudah difahami jika rakyat luar negara berdemo menuntut hal-hal sejagat kehidupan manusiawi, seperti menuntut pengembalian keadilan dalam pemerintahan sesebuah negara, isu kemiskinan, tiada peluang pekerjaan, harga barang naik melampau, rasuah dan ketirisan dalam kerajaan, kekayaan luarbiasa dan boros pemimpin. Sebaliknya di Malaysia , rakyat 'bermati-matian' berdemo jalanan mendesak Anwar serahkan DNA segera.
Inilah Malaysia, walaupun sudah merdeka kalangan rakyat ada yang 'gagal' berfikir dan menggunakan fikiran yang waras kenapa dan mengapa berdemo hanya tentang DNA. Nampak jelas fikiran mereka 'terjajah' dan 'tindakan mereka di arah' . Ibarat bagai lembui yang dicucuk hidungnya. Inilah gaya 'permainan mak yong' yang digerakkan oleh tukang karutnya. Rakyat yang berdemo itu mengikut 'rentak dan tari' orang yang memegang tali di belakang mereka.
Betapa mereka tidak rasa diperbodohkan dengan tindakan yang menampakkan kebodohan mereka. Usahlah kita bercakap lestari itu ini, minda kelas pertama atau berbagai istilah lunak-lunak.
Negara semacam sudah pergi ke arah 'masyarakat kacang parpu' . Makin tidak keruan. sistem yang dibentuk semakin pincang, semua gejala semakin parah.

No comments:
Post a Comment