Monday, March 14, 2011

Batalkan hasrat membina loji nukelar di Malaysia

Ketakutan kehabisan sumber tenaga dan alternatif kepada tenaga nuklear kini menjadi pilihan negara kita sikit masa dahulu. Perbincangan hangat telah di adakan dari semasa ke semasa. Pro dan kontra masih lagi hangat diperdebatkan dan kini semakin lesu dan layu.

Tiba-tiba tsunami melanda Jepun dalam masa terdekat yang membawa korban tragedi yang cukup besar iaitu 10,000 orang dan kemusnahan harta benda mencecah billion yen.

Kini , selepas bencana tsunami Jepun tertekan dengan bencana nuklear. Kelmarin loi nukelar di Jepun bocor, rsisko rakyatnya terkena radiasi yang mengancam nyawa dan keselamatan sejagat. Dan pakar nuklear Jepun kini bergelut dengan risiko yang tidak terjangka, walaupun mereka mempunyai teknologi dan tenaga pakar yang cukup hebat.

Berbanding dengan Malaysia, cita-cita untuk memperkenalkan tenaga nuklear dan mahu membuka dan membina loji nukelar kian hebat.

Justeru itu, kini pakar nuklear negara kena memikirkan kembali terhadap usaha murni mereka. Kini desakan suara pihak-pihak yang mahukan negara memikirkan kembali hasrat membina loji nuklear hangat kembali.

Bagi kita, jangan mengambil risiko yang berisiko tetangnya, fikirkan keselamatan


Kerajaan Diminta Batal Bina Loji Nuklear

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran membatalkan cadangan membina loji nuklear bagi mengelak kesan buruk kebocoran loji nuklear seperti yang berlaku di Jepun.

Anggota Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago berkata ancaman kebocoran tenaga nuklear boleh berlaku kepada mana-mana negara tidak terkecuali Jepun, sungguhpun negara itu mempunyai teknologi canggih serta berpengalaman dalam teknologi tenaga nuklear lebih 60 tahun.

Justeru katanya kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut memandangkan risiko bahaya kebocoran tenaga nuklear kepada negara ini adalah lebih besar jika pembinaan tersebut terus dilaksanakan.

"Kejadian yang berlaku terhadap loji nuklear Fukushima yang terletak 150 kilometer dari Tokyo memperlihatkan loji nuklear membawa risiko yang amat buruk kepada orang ramai dan alam sekitar.

"Walaupun ia mempunyai protokol keselamatan dan pakar pengurusan khusus bagi menghadapi kejadian tersebut tetapi tetap tidak terlepas daripada ancaman nuklear," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Isnin.

Santiago mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam bahawa kerajaan akan mengambil kira semua aspek termasuk keselamatan dan penerimaan rakyat bagi menjayakan rancangan pembinaan loji nuklear pertama Malaysia.

Sabtu lepas, loji nuklear kepunyaan Tokyo Electric Power Company (Tepco), Fukushima Daiichi meletup dan melebur ekoran gempa bumi pada 8.9 skala Richter yang melanda wilayah Miyagi, Jepun pada 1.46 petang (waktu tempatan) Jumaat lepas.

Berikutan letupan itu, amaran kebocoran nuklear terhadap kawasan tersebut dikeluarkan kerajaan Jepun dan kira-kira 200,000 penduduk terpaksa berpindah ke lingkungan lebih 10 kilometer jauh dari kawasan loji tersebut bagi mengelak bahaya radiasi yang mungkin terbabas keluar dari letupan berkenaan. BERNAMA

No comments: