Saturday, February 26, 2011

Penamaan Calon N28 Kerdau meriah




TEMERLOH: Penamaan calon bagi N28 Kerdau telah selesai sebentar tadi. Dalam PRK ke 16 ini menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara PAS mewakili Pakatan Rakyat serta BN yang diwakili oleh Umno.

Calon PAS adalah seorang tokoh, usahawan muda yang berjaya, berlelulusan akademik tinggi daripada sebuah pusat pengajian tinggi tempatan. Beliau berumur 43 tahun sudah berkeluarga dengan seorang isteri.







1 comment:

leekonyou said...

Pas Letak Calon ?Main-main?, Kita Letak Calon Boleh Berkhidmat Pada Rakyat ? Ali
26/02/2011 15:33 UMNO Online 5
JASIN, 26 Feb ? ?Pas letak calon main-main tapi kita letak calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat? biarkan pengundi buat penilaian?, demikian jawapan bersahaja Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tentang calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan menentang calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 [...]


JASIN, 26 Feb ? ?Pas letak calon main-main tapi kita letak calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat? biarkan pengundi buat penilaian?, demikian jawapan bersahaja Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tentang calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan menentang calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Kata beliau lagi calon Pas itu juga bukan saja tidak dikenali masyarakat di Merlimau malah di kalangan ahli Pas juga ramai yang tidak mengenali siapa Yuhaizad ini.

?Ini calon yang dipergunakan Pas untuk mereka buat latihan di sini. Pas kata mereka nak kurang majority saja. Itu dia kata tapi kita tak akan bersikap sombong dan takbur sebaliknya kita akan pastikan calon kita mendekati pengundi seramai mungkin.

?Calon kita ada pengalaman dan latar belakang yang cukup baik yang boleh membawa kawasan Merlimau ini lebih maju lagi. Kita dah ingatkan jentera kita untuk terus kerja kuat hingga hari pengundian?, katanya selepas mengiringi calon BN di pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Mengenai latar belakang calon Pas yang banyak diperkatakan di internet, beliau berkata itu masalah Pas dan BN tidak berminat untuk masuk campur.

?Serangan peribadi kerja pembangkang. Kita tahu apa pun benda buruk lama kelamaan orang akan tahu?, katanya.

Sementara itu, calon BN Roslan Ahmad, 44, yakin dapat menjadi wakil rakyat yang baik dengan keupayaan dan kebolehan peribadinya sendiri.

Beliau menegaskan, pemilihannya bukan bersandarkan kekuatan latar belakang politik arwah bapanya, Datuk Ahmad Ithnin dan bapa saudaranya yang juga bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin.

“Saya mempunyai kekuatan sendiri untuk menjadi wakil rakyat yang baik,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa beliau kini siap sedia berdepan dengan serangan peribadi parti pembangkang dan tidak akan mudah melatah dengan permainan taktik kotor pembangkang.

Malah beliau turut bersedia untuk menangkis apa juga serangan daripada pembangkang dalam usaha mereka untuk meraih simpati pengundi di Merlimau.

”Mulai hari ini saya akan mula berjumpa dengan seberapa ramai pengundi di DUN Merlimau tanpa mengira bangsa, kaum atau agama.

”Bagi saya itu amat penting untuk menyakinkan rakyat di Merlimau pentingnya mereka memilih BN?, ujarnya. -MediaUMNO




Source: UMNO Online