Tuesday, February 22, 2011

Kerdau : Umno sesak dan makin gelabah

TEMERLOH: Kerakusan dan sombong mempertahankan kuasa dan kekuasaan adalah sebahagian dari sifat manusiawi. Oleh itu, gambaran kerakusan itu mula ditunjukkan dalam PRK Kerdau.

Suasana terdesak itu, adalah gambaran kekalutan mengerahkan semua jentera khasnya jabatan-jabatan tertentu seperti JKM, JKR, JPN, JASA, PDRM, jheoa, Pelajaran dan sebagainya merancang, menyusun dan mengatur dan paling melampau melaksanakan program-program tersebut dengan 'dana kerajaan' wang rakyat. Betul wang itu wang adalah wang rakyat, dan dikembalikan kepada rakyat. Tetapi adakah rakyat Kerdau sahaja adalah rakyat kini. Bagaimana dengan 58 ribu pengundi berdaftar dan ratusan rakyat di kawasan sama ?

Kelmarin ditapak kompleks Darul Hikmah Kerdau, didatangi Anwar bersama pimpinan Pakatan Rakyat, memberi kejutan kepada Umno sokongan tegar rakyat kepada pembangkang tetap utuh dan jitu.


Penggunaan balai rakyat dan Dewan Orang Ramai Ketumbit sebagai 'hak kekal' warisan kerana JKKKmenyerlahkan kegelojohan dan ketidaktahuan Umno Bn yang lupa diri.

Rakyat yang 'buta mata hati'nya dapat dibeli dan disogok Umno Bn. Tetapi rakyat yang 'mulai cerdik' dan 'tidak buta mata hati' kini memerhatikan dengan penuh minta.

Sebab itulah, hasil dapatan dan risikan Pakatan Rakyat, Umno Pahang bawah Nan Yaakob mengambil pendekatan menyantuni rakyat, sikap agresif dan keterlampauan Umno Bn cuba dikurang dan diminimakan.

1 comment:

azman kamarul said...

Saya adalah pengundi di DUN Kerdau.Memang betul umno begitu rakus dan gelojoh....mereka mempamerkan seolah-olah harta kerajaan adalah harta pusaka umno.
Malam 24.2.2011 TGNA AKAN BERADA DI BALAI ISLAM DARUL HIKMAH KERDAU untuk mengisytiharkan calon PAS bersama-sama dengan orang yang paling saya tak lupakan iaitu ABANG MAT SABU!