Friday, February 04, 2011

Dato dan Dato-Dato dalam Umno Insaflah

Apakah maksud dan penafsiran huru hara atau keadaan huru hara baru mahu bertindak. Ini adalah ungkapan orang kuat Umno Sabah terhadap kenyataan TGNA MB Kelantan yang diberitakan para pengundi yang 'enggan' mengundi PAS adalah mereka adalah masyarakat Jahiliyah.

Shafie Afdal dan mana-mana tokoh Umno dan ulama Umno janganlah melenting, kerana jalan penyelesian ada. Penyelesian dan kesimpulan kenyataan balas melalui media sahaja 'gagal' dan tidak cukup.

Sebagai orang yang berpendidikan dan ada kuasa satu pertemuan khas atau perdebatan khas antara pemimpin kanan Umno dan TGNA mesti disegerakan. Maka sanggah pandangan TGNA jika salah dalam majlis muzakarah atau apa2 sahaja majlis pertemuan tersebut. Segera selesaikan.

Jangan lah kita tunggu 'huru hara' pandangan terlalu lama berada dalam minda setiap rakyat Malaysia, yang tuntut dan mahukan keadilan, kesaksamaan, kesejahteraan, keselamatan, dalam kehidupan mereka.

Isyarat apa yang berlaku 'huru - hara' sebenar di bumi arab iaitu Tunisia, mesir, Yamen, Jordan dan lain-lain negara Arab akan menyusul, adalah manifestasi masalah 'huru-hara' pemikiran, pegagangan dan anutan serta kepercayaan mahupun keyakinan gagal dikembalikan kepada kehendak fitrah.

Pemimpin sekular selalu sempitkan pemikiran, mahu pertahankan legasi kuasa mereka, mahu kehidupan dan kesenangan duniawi bolot dek mereka, antara agenda sepanjang zaman.

Pertembungan dan huru-hara adalah tetap ada sepanjang zaman. Nah, huru-hara pemikiran dalam Umno lagi cukup kalut. Jangan lupa Dato tentang apa yang sudah berlaku di DUN Tenang dan akan berulang juga di DUN Merlimau.

Usahlah Dato berpura-pura, kebatilan dan hak akan jelas juga akhirnya.Manusia akan kembalik juga kepada fitrahnya, yang muda akan tua, hidup akan mati. Maka rebutlah Dato 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara.



Jangan tunggu keadaan huru-hara

SEMPORNA 3 Feb. – “Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi keruh dan huru-hara, baru Majlis Fatwa Kebangsaan hendak mengkaji kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.”

Begitulah kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal apabila diminta mengulas mengenai desakan supaya Majlis Fatwa mengkaji kenyataan-kenyataan Menteri Besar Kelantan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan bahawa perbuatan terlalu taksub terhadap pemimpin tanpa mengira sama ada ia benar atau tidak boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara pengikut beberapa mazhab di luar negara.

Menurut beliau, pengikut fahaman-fahaman itu mempunyai akidah yang sama iaitu beriman kepada Allah tetapi pada masa sama bergaduh sesama sendiri kerana ajaran dan tafsiran agama berbeza yang ditonjolkan oleh pemimpin masing-masing.

“Kenyataan demi kenyataan yang boleh memesongkan rakyat tidak boleh lagi dibiarkan kerana dikhuatiri akhirnya ia akan dianggap sebagai betul oleh sesetengah kumpulan.

“Kita perlu teliti dan berhati-hati kerana tidak mahu nanti akan berlaku sesuatu perkara tidak sihat di negara ini. Pihak berkuasa agama yang mempunyai autoriti perlu bertindak dan jangan lagi biarkan sesiapa sahaja membuat fatwa mengelirukan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerangan program Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Kampung Seraya di sini hari ini.

Tegas Mohd. Shafie, perkara membabitkan ketaksuban terhadap agama dan bangsa amat berbahaya kerana manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankannya termasuk sanggup menggadai nyawa mereka.

“Cukuplah segala-galanya dipolitikkan hinggakan dalam perkara agama pun politik tetap didahulukan demi memenuhi agenda peribadi,” katanya.

Semalam, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd. Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Abdul Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Terbaru, katanya, Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan umat Islam apabila menyatakan mereka yang tidak menyokong Pas ialah orang jahiliah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang, baru-baru ini.

No comments: