Ini semua kerana kuasa dan gila kuasa. Kuasa eksekutif tidak boleh mencampuri bidang legislatif. Begitu juga bidang judisari tidak dicabuli kuasa eksekutif. Akibat kegagalan penguasa di malaysia enggan mematuhi garispanduan pemerintahan mereka susun sendiri, maka kemelut krisis perlembagaan tidak akan kunjung padam.
Kerananya satu pihak mahu pertahankan dan mahukan keadilan bagi pihaknya. Manakala satu pihak yang lain pula terus mewenang mencabuli demi mempertahankan kuasa dan kekuasaannya.
Justeru perjuangan hak dan batil, akan berlaku sepanjang hayat dan sepanjang masa. Cuma peringkatnya parah atau tidak parah, apa pun rakyat terkesan di atas perilaku dan kelakuan sebegini.
Kesan jangkapanjang bukan sahaja kerosakkan itu dalam soal politik tetapi akan tercalar dan terpalit kepada semua displin kehidupan rakyat.
Permohonan Bekas Speaker DUN Perak Cabar SPR Ditolak
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dan lima lain untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga DUN di negeri tersebut.
Hakim (Bahagian Rayuan Dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Aziah Ali menolak permohonan itu dengan kos, yang akan ditafsirkan kemudian. Tiada alasan diberikan dalam membuat keputusan tersebut.
Keputusan itu dibuat dalam kamar, dan media dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said dan juga peguam yang mewakili pemohon-pemohon, Datuk S. Ambiga.
Kronologi permohonan ini bermula pada 3 Februari 2009 apabila Sivikumar mengeluarkan notis kepada SPR bahawa berlaku kekosongan kerusi selepas menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Datuk Hee Yit Foong (Jelapang).
Bagaimanapun, SPR enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi itu kerana meragui surat perletakan jawatan mereka.
Sivakumar memfailkan semakan kehakiman tersebut pada 10 Mac 2009 bagi mencabar keputusan SPR yang membuat keputusan tidak mengisytiharkan kekosongan ketiga-tiga kerusi DUN itu ekoran wakil kerusi berkenaan menjadi ADUN Bebas yang berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Permohonan tersebut juga difailkan secara berasingan oleh bekas EXCO Perak, A. Sivanesan yang juga merupakan ADUN Sungkai - DAP, Chen Fook Chye (Keranji – DAP), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang – Parti Keadilan Rakyat), Ahmad Sabry Wahab (Behrang) dan Foo Hon Wai (Jelapang).
Semua pemohon menamakan SPR sebagai responden dan memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong berikutan berikutan peletakan jawatan wakil rakyat itu dan satu perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga mereka bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas-tugas sebagai ADUN.
Mereka juga turut memohon writ bersifat "quo warranto" dikeluarkan kepada ketiga-tiga ADUN itu dengan memerintahkan kesemua mereka memberikan tunjuk sebab bagaimana kesemua mereka masih ADUN kawasan masing-masing dan bertindak menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai wakil rakyat.
Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi DUN atas tiket Parti Keadilan Rakyat manakala Hee atas tiket DAP pada pilihan raya umum 2008.
Mereka kemudiannya meninggalkan parti masing-masing dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional sehingga mendorong kejatuhan kerajaan negeri pakatan pembangkang PAS-PKR-DAP pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
No comments:
Post a Comment