Saturday, December 11, 2010

SPRM: Bertindak atau bekerja , Lu Fikirlah Sendiri

Selepas PM membuat penafian kelmarin bahawa tindakan terhadap Taikun Khir Toyo adalah tindakan benar dan teramat ikhlas oleh kerajaan dalam memerangi rasuah berprofail tinggi dalam negara. Dengan isyarat tidak meilih bulu dan warna bulu tersebut. Ia adalah sebagai satu tindakan perlambangan bahawa betapa tegas dan kerasnya serta serisunya kerajaan dalam memerangi rasuah. Itulah dajah dan tahap kejiwaan kerajaan dalam tindakannya terhadap isu ini.

Justeru, para juak dan media pengampu dalam mahu megekalkan legasi Umno Bn sebagai kerajaan berwibawa dan perihatin. Hari ini dengan penuh sedar melaporkan kerajaan bertindak terhadap Khir Toyo bukan sandiwara. Buktinya seperti laporan lengkap di bawah iaitu seramai 719 kakitangan awam telah ditangkap dan didakwa oleh SPRM. Berganda-ganda daripada apa yang mahu digandakan.


Namun daripada 719 kakitangan lebih 376 yang ditangkap itu jika dicampurkan nilai suapan hanya RM2 juta sahaja. Tetapi seorang Khir Toyo nilai rasuah hanya RM235 juta sahaja (katanya), manakala dakwaan Adun DAP RM24 juta. Mengikut Peguam Negara nilainya RM6.5 juta sepatutnya.

Maka terkudap-kudaplah rakyat dimain dan dipermain-mainkan mereka dengan angka-angka. Macam meneka-neka di taman hiburan atau Funfair zaman 1970an dahulun yang popular di kalangan rakyat marhein dan kampungan.

Begitulah nilai dan pandangan kerajaan terhadap rakyatnya, setiap masa diperbodoh-bodohkan dan dipermain-mainkan. Ini gambaran bagi kes dan peristiwa ini. Bayangkan dalam kes-kes dan peristiwa yang lain. Siapakah yang didahulukan, pencapaian kehendak sama yang diutamakan.

LU FIKIRLAH SENDIRI....

SPRM tahan 719 orang awam

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Seramai 719 orang awam telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dengan jenayah rasuah sejak Januari sehingga Oktober ini yang menunjukkan peningkatan secara mendadak hampir sekali ganda sejak 2006.

Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Mohd. Shukri Abdull (gambar) berkata, trend tersebut menunjukkan tahap kesedaran orang ramai dan keberkesanan kempen SPRM dalam memerangi rasuah.

Menurutnya, trend tangkapan pada lima tahun sebelum ini adalah secara purata 500 orang namun bilangan itu meningkat secara mendadak tahun ini.

Katanya, mengikut statistik yang dikeluarkan, seramai 546 orang awam ditahan pada 2006; 2007 (581 orang); 2008 (605 orang) dan 2009 (500 orang).

“Tangkapan orang awam ini mencecah purata 500 orang sejak lima tahun lalu, tetapi tahun ini yang tidak pernah berlaku dalam sejarah tangkapan melebihi 700 orang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Shukri berkata, daripada jumlah tangkapan itu, seramai 490 orang terdiri daripada kakitangan sektor swasta manakala manakala 229 orang lagi kakitangan sektor awam.

“Berbanding dua tahun lalu, kadar peningkatan tangkapan kakitangan awam dilihat lebih kecil iaitu hanya 39 orang (2009-190 orang, 2010-229 orang).

“Kadar tangkapan kakitangan sektor swasta bagaimanapun meningkat ketara iaitu sebanyak 180 orang (2009-310 orang, 2010-490 orang).

“Ini menunjukkan trend perubahan sikap kakitangan awam untuk menolak rasuah dan bertindak cepat membuat laporan sekiranya mendapati ada pihak cuba menyogok suapan sehingga tertangkapnya si pemberi rasuah itu,” katanya.

Menurut Mohd. Shukri, daripada jumlah statistik penahanan itu, seramai 346 orang adalah pemberi rasuah membabitkan nilai suapan melebihi RM2 juta manakala bakinya, 373 merupakan penerima.

“Mereka yang ditahan ini merupakan orang awam yang cuba menyogok pegawai agensi penguat kuasa bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

“Kes yang paling banyak dilaporkan ialah memberi rasuah kepada pasukan polis iaitu sebanyak 195 kes berbanding agensi-agensi penguat kuasa lain.

“Kesemua pemberi rasuah yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 17 (b) kerana memberi suapan dan sekiranya didapati bersalah boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau denda RM10,000 yang mana-mana lebih tinggi,” jelasnya.

Tambah beliau, warga asing yang paling ramai ditahan kerana memberi rasuah kepada agensi penguat kuasa ialah warga Indonesia iaitu 29 orang daripada jumlah tangkapan keseluruhan 115 warga asing.

Mohd. Shukri berkata, walaupun berlaku peningkatan tangkapan, namun lebih penting adalah kesedaran melaporkan jenayah rasuah serta bersama-sama memeranginya.


No comments: