Saturday, December 11, 2010

SPR: Sampai bila mahu jadi kuda tunggangan dan lembu dicucuk hidung

Etika dan kejujuran, tanggungjawab menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab serta tugas adalah sesuatu yang penting.Bercakap soal SPR dan kerjanya jelas termaktub dan digariskan dengan begitu cantik tatacara.

Namun, manusia manipulasi, ambil kesempatan, memihak dan berpihak adalah lumrah. Tetapi biarlah SPR bertindak pro dalam melaksanakan bidang tugas dan tanggungjawab. Beri layanan sama rata kepada pelanggannya mengikut Piagam Pelanggan SPR. Justeru itu, semua parti politik adalah pelanggan bagi SPR. Maka layanlah, biar semua pihak terasa terlayan dan dilayan.

Tetapi oleh kerana SPR terasa ia terhutang budi dengan kerajaan yang ada bukan dengan rakyat. Maka itulah sebabnya terasa dan teruja sangat SPR untuk mengampu-ampu kerajaan yang ada agar beberapa tunggak dalam SPR itu kekal lama dan disenangi oleh penguasa yang memerintah. Maka jadilah SPR seperti lembu dicucuk hidungnya.

Persoalannya mengapa dengan tidak semena-mena SPR membuat kajian tentang kesahihan pengundi berdaftar mengikut alamat dan tempat tinggalnya. Benar atau tidak. Semuanya boleh dibuat jika SPR membuat sistem yang praktikal dan menggunakan teknologi terkini. Sistem yang SPR amalkan sekarang adalah sistem yang usang dan ketinggalan zaman.

Era teknologi sistem pengundian boleh dimajukan. Amalan kuno seperti bentuk kawalan kuno SPR perlu diubah. Penambah baikkan boleh dibuat dengan kaedah lain selain daripada sistem undi satu undi lebih majoriti dikira sebagai pemenang.

Oleh kaedah-kaedah lain boleh diterima jika SPR proaktif dan penguasa bersikap membuka minda dan langit pemikiran glokal dan global mereka itu tercantum. Jika tidak sukar dan payahlah sampai ....




60% Pengundi Berdaftar Tidak Tinggal Di Tempat Mereka mengundi - SPR

KUALA LUMPUR: Satu kajian secara rambang yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mendapati lebih 60 peratus daripada pengundi berdaftar di negara ini tidak bermastautin mengikut alamat dalam kad pengenalan mereka.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perkara itu telah menyebabkan apabila tiba pilihan raya semua akan balik ke kampung halaman untuk mengundi.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu tidak menjadi kesalahan dalam SPR tetapi perlembagaan ada menyatakan pengundi mesti mengundi di tempat mana mereka menetap.

"Pada pihak SPR itu bukan masalah dan perkara itu sebenarnya terletak pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya ketika ditemui selepas selesai rakaman rancangan Bicara Rakyat terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Aziz turut menjelaskan dakwaan sesetengah pihak bahawa kononnya pengundi tidak bermastautin ini adalah pengundi hantu.

Katanya, mereka ini sebenarnya bukanlah pengundi hantu.

"Ingin saya tegaskan pengundi hantu sebenarnya tidak wujud. Mereka adalah pengundi berdaftar yang sah dan tidak tinggal di tempat mengundi...itu saja," katanya.

Ujar beliau, jika terdapat pengundi hantu pihak SPR akan dapat mengesan kewujudan mereka kerana sistem maklumat sedia ada sentiasa di kemas kini.

Menyentuh mengenai pilihan raya Sarawak yang dijangka bakal diadakan pada waktu terdekat, Abdul Aziz memberitahu, persiapan telah dilakukan dengan teliti dan sehingga kini pihaknya telah 90 peratus sedia.

"Kita cuma sedang menunggu bajet untuk menjalankan semua persiapan yang telah dilakukan," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, tempoh untuk mengadakan pilihanraya di negeri Sarawak masih panjang iaitu sehingga Julai tahun hadapan.

"Yang penting sebelum Julai kerana itu adalah tempoh akhir," katanya ringkas.

Pada rakaman itu, Abdul Aziz turut menyeru kepada semua pengundi yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi supaya berbuat demikian sebelum hujung tahun ini bagi memudahkan pihak SPR untuk memproses semua permohonan menjelang.


No comments: