Thursday, November 04, 2010

Nyahkan petualang dan parasit dalam Umno ?

PAS, PKR, DAP dan Umno adalah parti politik. Dalam mana-mana parti politik mestilah yang menerajui kepimpinan parti itu adalah pemimpin parti berkenaan. Rata-rata pemimpin politik pelbagai dari segi struktur umur, tua muda.


Dua dan 3 hari sudah Dr Asri mantan mufti Perlis bersuara. Antara suara paling sensasi adalah meminta ketua pembangkang Sdr Anwar Ibrahim meletakkan jawatan kerana kata beliau Anwar tiada 'kualiti' sebagai pimpinan pembangkang. Berita berkenaan tidak menjelaskan maksud sebenar 'tiada kualiti' mengikut cakap Dr Asri.

Justeru sehari sebelum itu MP Bayan Baru, Zaharin yang menang atas tiket PKR pada PRU12 melompat parti itu ada menyuarakan pandangan peribadi nya iaitu reformasi sudah berkubur, rakyat akar umbi sudah sedar.

Maka hari ini, bekas pimpinan PKR yang terbuang dan membuang diri Abdul Rahman Mansor, minta pemimpin-pemimpin 'tua' dalam PKR dan PAS melepaskan jawatan. Alasannya kerana tua dan idea mereka sudah kering.

Bagi kita secara tersuratnya memanglah ditujukan kepada pemimpin tua dalam PKR dan PAS. Tetapi bagi PKR ia adalah parti baru sahaja ditubuhkan, kurang 8 tahun usianya, masakan pemimpinnya dikira sudah tua. Apa maksud tua oleh Abd Rahman

Oleh itu, yang sama tuan adalah pemimpin PAS dan Umno, kerana kedua-kedua parti ini sudah tua dan lama. Lihatlah sahaja Najib dan Muhyidin Yassin, mereka berkemcimpung dalam Umno amat lama. Najib =menjadi menteri semasa usia lingkungan 30an. Begitu juga Muhyidin agak lewat sedikit.

Justeru itu, soal pemimpin tua dalam PKR wajib undur diri adalah tidak berbangkit. yang berbangkit adalah berundurlah pemimpin-pemimpin tua dalam Umno daripada persada politik tanahair.

Inilah maksud tersirat Abd rahman Mansor, membaling batu sembunyi tangan. Maka batu yang dipaling menjadi dua peluru dengan sekali tembak.

Oleh itu, kita minta Najib selaku PM, nyahkan Abd Rahman daripada persada politik Umno, kerana nampaknya orang PKR yang melompat ke dalam Umno ada agenda tersendiri.

Sebelum barah menjadi barah, nyahkan petualang dalam Umno.

No comments: