Dolah Kok Lanas veteran politik dan politikus Umno juga mengulas tentang hadiah kemenangan berganda kepada Najib, momentum PR belum cukup kuat bagi meraih undi 'masyarakat' kampung dalam memulihkan keyakinan dan kepercayaan kepada PR.
Kemegahan Naji dengan keyakinan berganda yang kini mulai ditiup beiringan sokongan media, bantuan rakan-rakan dan para propagandis Umno, keyakinan rakyat akan dipulihkan kembali.
Hari ini, Najib dengan para propagandis 'mulai' menyerang kumpulan yang dibimbangi mengancam kedudukan kerajaan Umno Bn, tentulah agenda utamanya adalah memburuk-burukkan perjuangan Islam.
Lihat majlis yang 'mulia' ini digunakan untuk menyerang kumpulan Islam. Apa gambaran masyarakat bukan islam tentang kerajaan Islam Najib sambungan zaman Dr M sebagai negara Islam ni.
Maksud berita pelaporan berita mahu menghalang kumpulan islam, menampakkan agenda tersirat yang semakin cemas.
Halang kumpulan ekstremis
|
|
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan sederhana supaya bersatu bergerak secara jemaah untuk menghalang mana-mana kumpulan ekstremis baik di dalam atau di luar negara.
Beliau berkata, sepanjang sejarah, agama Islam tidak pernah dibina atau disebarkan melalui tindakan agresif, kekerasan atau terorisme.
“Jika pendapat itu diterima, secara tidak langsung kita terpengaruh dengan dakyah bahawa Islam berkembang melalui perang dan pedang seperti juga penipuan fakta yang didakwa golongan ekstremis ini.
“Sebaliknya, Islam tersebar luas ke seluruh dunia termasuk ke negara kita secara dakwah berasaskan sunah Rasulullah SAW seperti penampilan akhlak terpuji dan mulia, perasaan kasih sayang, hormat menghormati, integriti dan kesederhanaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Jubli Emas 50 Tahun Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.
Teks ucapan Najib dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Hadir sama Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Setiausaha Agung Kehormatnya, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman dan bekas Yang Dipertua, Tan Sri Dr. Abdul Taib Mahmud.
Turut diadakan pada majlis itu adalah penyampaian cenderamata khas kepada tokoh-tokoh Jubli Emas Perkim.
Antaranya pengasas dan pelopor pertubuhan itu, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tan Sri S.O.K Ubaidulla, Tan Sri Abdul Mubin Sheppard, Ally Maricar, Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar, Tun Syed Naser Syed Ismail dan Datuk Wan Abdul Kadir Ismail.
Turut menerima anugerah itu ialah bekas Ketua Wanita Perkim, Tan Sri Datuk Paduka Saleha Mohd. Ali.
Pada majlis berkenaan, Abdul Taib menyerahkan cek replika bernilai RM200,000 daripada kerajaan negeri Sarawak kepada Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir turut menyerahkan dokumen dan laporan Perkim kepada Arkib Negara menerusi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, Perkim yang dianggap sebagai kumpulan Islam yang sederhana perlu tampil untuk menangani isu Islamophobia yang dimainkan media Barat termasuk berperanan mencari kesalahan dan menuduh umat Islam sebagai pengganas.
Najib berkata, sekiranya Perkim berhasrat mencapai kemajuan, usaha merekayasa (reengineering) pakej dakwah baru yang sesuai dengan cita rasa anak muda yang sukakan media baru hendaklah segera dilakukan.
“Jika tidak kita akan ditewaskan oleh unsur-unsur asing dan pengaruh Barat yang cukup kreatif untuk menarik perhatian dan minat generasi muda,” katanya.
Najib memberitahu, dakwah tidak semestinya stereotaip bersyarah atau kuliah di masjid dan surau.
Sebaliknya, jelas beliau, ia hendaklah praktikal dan disebar luas menerusi aktiviti kemasyarakatan seperti riadah (bersukan dan bersenam), muamalat (koperasi Islam) dan budaya seperti menghasilkan karya-karya berunsur Islam.
Terdahulu, Najib memuji pendekatan sederhana Perkim yang berjaya menarik orang bukan Melayu dan bukan Islam kepada Islam dan kerana itu bertahan lebih daripada 50 tahun berlandaskan kerja-kerja kebajikan, kerjasama dan kerja sukarela.
Mengenai sejarah Perkim 50 tahun akan dijadikan buku meja kopi (coffee table), Najib berkata, lebih ramai sarjana tempatan perlu membuat kajian tentang peranan kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri memajukan Islam sejak merdeka hingga sekarang.
Kajian itu, jelasnya, boleh dijadikan rujukan akademik dan panduan kepada negara-negara Islam lain untuk mencontohi program Islamisasi di negara ini.
No comments:
Post a Comment