Monday, November 01, 2010

Galas, Umno Kelantan dan Piala Malaysia ?


Annuar Musa cuba membawa Piala Malaysia ke Galas. Ini adalah gara-gara kemenangan Kelantan menumpaskan N 9 2-1 pada hari kelmarin. Selaku Presiden KAFA maka Annuar membawa dan mengarakkan Piala Malaysia ke Galas. Dengan membawa sertai sama calon BN bagi PRK Galas.

Memandangkan baki hari mengundi hanya tinggal 3 hari. Kempen BN di Galas kali ini adalah tidak agresif. Kali ini amat malang orang Galas, kerana tiada apa-apa yang dijanjikan. Hanya TPM sahaja menyampaikan mesej bahawa Najib mahu membina bangunan 100 tingkat di Kuala Lumpur.

Janji kedua TPM adalah menempelak PAS kerana bekerjasama dengan Kafir Harbi. Dulu kata Umno MCA kerjasama adalah .....

Sementelahan Ku Li pula dikambinghitamkan dengan melantik beliau sebagai Pengarah Pilihanraya PRK Galas. Satu-satunya kes dalam 13 pilihanraya kecil, seorang ketua bahagian diangkat menjadi pengarah pilihanraya kecil, yang dulunya diterajui oleh TPM atau serendah-rendah adalah Naib Presiden Umno.

Bagi kita gelagat Anuar Musa mengambil kesempatan, menunjukkan Umno Kelantan semakin celaru dan mengelirukan politiknya. Sindiran sinis Anuar kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri. Macam medan mencari pengaruh sahaja lagaknya.

Malah kemenangan Kelantan merangkul Piala Malaysia memberi nafas baru kepada karier politik Anuar Musa. Prestasi Anuar Musa semakin melonjak dengan kes Piala Malaysia ini.


No comments: