Sunday, November 07, 2010

Bn siap siaga hadapi PRU 13

Apakah maknanya berita ini, dua sahabat tetapi berseteru mencari pengaruh. Jika MCA berdiri, Gerakan akan berlari. Inilah perbandingan MCA dan Gerakan dalam memberi signal kepada abangnya umno bahawa mereka sudah bersiap siaga bagi menghadapi PRu 13.

Mereka hanya menunggu paluan gendang 'piliharaya' daripada mulut Pm yang terlantar itu.

Justeru, apa pula sambutan kumpulan Pakatan Rakyat terhadap tarikh keramat yang bakal dilontarkan PM. Penerusan amalan semua PM terdahulu merahsiakan tarikh pilihanraya. Seolah-olah macam tarikh Umno mahu mati sahaja lagak sembunyinya. hatta umno sendiri pun lambat tahu, maka yang tahu hanyalah PM sahaja. Itupun PM daripada Umno sahaja.





MCA Perkemaskan Jentera Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- MCA kini giat memperkemaskan jentera parti sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata semua anggota parti itu komited dalam usaha menjayakan hasrat MCA untuk membawa Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum itu selain terus menangkis pelbagai dakwaan pembangkang terhadap kerajaan pimpinan BN.

"Kita mengharapkan anggota parti boleh menyampaikan kepada rakyat mengenai segala usaha kerajaan yang memberi manfaat dan kebaikan kepada mereka...kita mahu memastikan rakyat terus yakin dengan kepimpinan negara," katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya, beliau juga yakin MCA melalui pemimpin peringkat akar umbi, dapat menggembleng tenaga untuk memberi sokongan padu kepada Gagasan 1Malaysia yang diterima baik oleh semua masyarakat termasuk kaum Cina.

Beliau berkata kemenangan BN di Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi membuktikan kaum Cina semakin memberi sokongan kepada kerajaan.

Liow sebelum itu merasmikan pertandingan separuh akhir syarahan politik MCA peringkat kebangsaan yang berlangsung sejak semalam. Pertandingan dua hari itu menyaksikan 21 peserta berjaya ke peringkat akhir pada 13 dan 14 Nov ini yang akan diadakan di Johor.


-- BERNAMA


Gerakan Kenalpasti Calon PRU 13 Lepas Tahun Baru Cina 2011

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Parti Gerakan akan mengenalpasti dan memperkenalkan calon-calonnya bagi pilihan raya umum k-13 (PRU13) selepas sambutan Tahun Baru Cina, pada 3 Feb depan.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata selain dari melancarkan jentera parti, beliau telah mula menjelajah hampir kesemua kawasan yang diperuntukkan untuk parti itu untuk membuat penilaian awal tentang kedudukan politik semasa sejak empat bulan lepas.

Katanya penilaian dan pemilihan calon parti itu akan dibuat berdasarkan kepada komitmen, integriti, kebolehan, prestasi dan faktor boleh-menang.

"Kita akan melawat semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kita dalam tempoh masa tiga bulan ini untuk menilai prestasi wakil-wakil rakyat dan penyelaras-penyelaras yang sedia ada," katanya dalam ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan yang ke-39 di Menara PGRM pada hari Ahad.

Persidangan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Koh menegaskan bahawa beliau tidak mahu anggota Gerakan melobi atau meminta sokongan berlebih-lebih untuk mendapatkan pencalonan.

"Kerja dulu, jangan melobi-lobi," katanya.

Pada PRU ke-12 lalu, Gerakan tewas kesemua 12 kawasan DUNnya, manakala cuma mampu mempertahankan dua daripada 10 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Sementara itu, beliau juga mengesa supaya anggota Gerakan terus bersatu dan gigih bekerja untuk menghubungi semula dengan rakyat dan pada masa yang sama membuktikan kepada pengkritik-pengkritiknya bahawa padangan negatif mereka terhadap parti itu adalah tidak tepat.

"Kita mungkin lemah tetapi kita bukannya jatuh tersungkur. Pengkritik-pengkritik kita cuba memaparkan Gerakan sebagai sebuah parti "tak berguna" dan parti "tidak mempunyai harapan.

"Kalau begitu, mengapakah kita terdapat tiga wakil rakyat Bebas yang memilih untuk memasuki parti kita? Kalau begitu, mengapakah seramai 20,000 orang dari semua negeri telah menjadi anggota baru dan 5,000 orang lagi dalam proses permohonan," katanya.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Gerakan juga komited dalam mempromosikan demokrasi dalam ruang lingkup parti.

Katanya anggota parti juga harus mempraktikkan kesederhanaan dan keterangkuman khasnya dalam berbicara tentang pandangan-pandangan yang bertentangan dan berlainan dalam ruang lingkup parti dengan hati dan minda terbuka.

Dalam masa yang sama, beliau menggesa generasi pemimpin muda Gerakan perlu memahami sejarah dan ideologi perjuangan parti, serta perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu.

Katanya walaupun lapisan pemimpin masa kini menghargai perjuagan dan khidmat veteran-veteran, namun kepimpinan sekarang perlu bersesuaian dengan keadaan semasa.

"Tetapi pada saya, pasti mereka juga memahami bahawa ada masa yang berubah memerlukan strategi baru, pendekatan baru dan cara kepimpinan baru," katanya

No comments: