Thursday, October 07, 2010

Menteri Pengguna: Susu pun gagal dikawal, rakyat terabai

Harapan rakyat kepada kerajaan yang mereka pilih adalah dapat membantu mereka. Atau dalam erti kata lain dapat membantu mereka, dapat juga meringankan bebanan kehidupan harian mereka. Ini termasuk soal keperluan asas. Inilah harapan mengunung mana-mana rakyat yang mengundi wakil mereka dalam membentuk kerajaan.

Sepanjang sejarah penulis hidup, belum pernah sekalipun seingat penulis kerajaan menurunkan harga barang keperluan harian kepada rakyat atau para pengguna.

Hari ini adalah hari malang kepada para pengguna. Bilamana menteri yang bertanggungjawab yang kerajaan gajikan bagi menjaga kepentingan mereka, angkat tangan surendar gagal menahan kenaikan harga susu.

Adalah malang bagi rakyat Malaysia, mereka tidak dapat pembelaan setimpal dengan kerajaan mereka pilih. Sebaliknya rakyat terus menerus dikorbankan bagi kepentingan entah menda-menda




Kenaikan harga susu tak dapat dielak – Ismail Sabri

SEREMBAN 7 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini sekiranya harganya meningkat di pasaran dunia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga penjualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia.

"Kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang tempatan terpaksa menanggung kos belian import yang tinggi.

"Biasalah, apabila kita beli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun, buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan di Seremban 2 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lepas. – Bernama


No comments: