Friday, October 29, 2010

Al fatihah : Prof Nik UKM

Al Fatihah. Salam takziah daripada penulis kepada keluarga Prof Nik. Bagi penulis Prof Nik adalah sebagai guru, pendamping dan pembimbing kami dan rakan-rakan, ini kerana semasa penulis menuntut di UKM , beliau adalah antara pensyarah pembimbing kami bagi menyiapkan tesis sarjana.

Semasa hayat kecenderungan beliau terhadap PAS diserlahkan. Bagi pelajar-pelajar veteran seperti kami, Prof Nik amat senang dan mudah didekati. Beliau banyak menceritakan tentang isu-isu tertunggak negara spt Pulau batu Putih, isu air, Sipadan dan banyak lagi. Dan paling dibanggakan bagaimana buku karangan beliau dijadikan kitab silibus pondok di Pattani.

Apa pun al fatihah ...



Profesor Dato` Dr. Nik Anuar Mahmud Kembali Ke Rahmatullah

BBB, 21 Zulkaedah = 29 Oktober (Jumaat):


Setelah berusaha beberapa bulan bagi mengubati penyakit barah ususnya, Prof. Dato` Dr. Nik Anuar Nik Mahmud menemui ajalnya pada jam 7.00 petang kelmarin di HUKM. Jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 1/3 di sini pada malam tadi dan pagi ini dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas Lama pada jam 11.00 pagi ini setelah disembahyangkan di Masjid UKM. Ramai temannya, terutama dari kalangan ahli akademik, penduduk setempat dan kenalan beliau menziarahi jenazahnya baik di rumahnya atau di Masjid UKM.


Pada masa hayatnya beliau dan isterinya – Puan Datin Rahilah bt. Harun adalah pendukung kuat Pas jalan 1/3. Mereka berdua menjadi AJK Cawangan 1/3.

Dari segi profesyennya beliau adalah Profesor dalam bidang sejarah Tradisi. Banyak menghasilkan buku dan artikal dalam bidang berkenaan sehingga berkelayakan dilantik sebagai Profesor di dalam bidang sejarah. Pada masa berlakunya pertikaian antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura berhubung dengan Pulau Batu Putih, Profesor Dr. Anuar ditugaskan menghimpun bahan-bahan sejarah dalam hubungannya dengan Kerajaan Johor dan Singapura. Bagi melengkapkan bukti beliau berulang alik dari Kuala Lumpur ke London dan tempat-tempat yang lain mengumpul bukti-bukti berhubung dengan Pulau Batu Putih. Beliau menghadiri sidang-sidang berkenaan Batu Putih antara Kerajaan Malaysia dan Singapura.

Apabila kes Batu Putih diserahkan kepada pengadilan Mahkamah Antarabangsa di The Haige, beliau adalah salah seorang tenaga akademik yang bekerja kuat mengemukakan hujah ilmiah berhubung dengan tuntutan Malaysia di atas kedaulatan Batu Putih dengan menghadiri sidang-sidang Mahkamah Bangsa-Bangsa Bersatu di The Hague.

Mengenang jasanya pada tahun lepas (2009) Profesor Dr. Anuar dikurniai Darjah Kebesaran Kerajaan Kelantan dengan gelaran `Dato`.


Profesor Dato` Dr. Anuar Mahmud menyedari penyakit yang dialami semasa di London beberapa bulan yang lepas dalam rangka membuat penyelidikan di sana. Sejak itu beliau dan keluarganya berusaha mengubati penyakitnya di HUKM dan di UPM dan Allah mennetukan ajalnya semalam. Al-Fatihah.

Sekian.

No comments: