Pendedahan Dato Sri Anwar Ibrahim, bahawa FDI luar semakin merosot dan menyusut di Malaysia berbanding dengan negara-negara jiran tetangga. Dan Malaysia duduk tangga tercorot dari segi pertumbuhan ekonomi sejak Najib ambil alih daripada Pak Lah yang lemah itu.
Kini Timb. Menteri Kewangan II menyalahkan pembangkang kerana kerja-kerja memburuk-burukkan negara dibuat pembangkang menyebabkan para pelabur tidak berani melabur lagi di Malaysia.
Pertama hebatnya pimpinan pembangkang dan berpengaruhnya kumpulan pembangkang sehingga dapat menyakinkan para pelabur agar tidak masuk melabur di Malaysia. Sebaliknya menunjukkan pimpinan kerajaan dan seluruhnya menteri yang menjaga hal ehwal ini ekonomi negara. Ini bermakna pimpinan pembangkang lebih cerdik daripada pimpinan kerajaan.
Ini politik 'mengalih isu', jika pembangkang mendakwa berlaku ketirisan dalam projek-projek mega kerajaan apa jawapan menteri ini pula. Ke mana perginya duit dan isu Perwaja, bagaimanakah kesudahan kes PKFZ. Ini adalah contoh satu dua kes bagi diperbandingkan.
Selain itu, ini bermakna para pelabur yang ingin masuk ke Malaysia, bengap-bengap belaka, tidak faham politik, perkembangan politik, macam bebudak tadika lagaknya. Inilah kedangkalan dan ceteknya pimpinan kerajaan Malaysia menilai orang luar terhadap negara kita.
Pelabur berhati-hati apabila pembangkang burukkan kerajaan: Ahmad Husni
TAMBUN: Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kesan kepada pelabur asing kerana mereka lebih berhati-hati terhadap suasana sosial di negara ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah pembangkang membangkitkan isu perkauman dan agama di kalangan masyarakat berbilang etnik menimbulkan kegelisahan di kalangan orang-ramai.Katanya, kegelisahan masyarakat dibimbangi akan bertukar kepada konflik antara etnik dan pelabur mengambil-kira risiko berkenaan sebelum membelanjakan wang mereka di negara ini.
"Prinsip demokrasi di negara kita, selepas pilihanraya parti pembangkang masih bermain politik dengan membangkitkan pelbagai isu kaum dan agama hingga boleh menimbulkan konflik.
"Pelabur asing memang mengambil-kira risiko sosial yang akan mereka tanggung jika melabur di negara yang tidak stabil dari segi sosial ini," katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan BERNAMA bahawa tindakan pembangkang memburuk-burukkan nama negara mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap kerana FDI menyusut. Mukhriz berkata, pada 2009, jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion, satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lalu.
Kini Timb. Menteri Kewangan II menyalahkan pembangkang kerana kerja-kerja memburuk-burukkan negara dibuat pembangkang menyebabkan para pelabur tidak berani melabur lagi di Malaysia.
Pertama hebatnya pimpinan pembangkang dan berpengaruhnya kumpulan pembangkang sehingga dapat menyakinkan para pelabur agar tidak masuk melabur di Malaysia. Sebaliknya menunjukkan pimpinan kerajaan dan seluruhnya menteri yang menjaga hal ehwal ini ekonomi negara. Ini bermakna pimpinan pembangkang lebih cerdik daripada pimpinan kerajaan.
Ini politik 'mengalih isu', jika pembangkang mendakwa berlaku ketirisan dalam projek-projek mega kerajaan apa jawapan menteri ini pula. Ke mana perginya duit dan isu Perwaja, bagaimanakah kesudahan kes PKFZ. Ini adalah contoh satu dua kes bagi diperbandingkan.
Selain itu, ini bermakna para pelabur yang ingin masuk ke Malaysia, bengap-bengap belaka, tidak faham politik, perkembangan politik, macam bebudak tadika lagaknya. Inilah kedangkalan dan ceteknya pimpinan kerajaan Malaysia menilai orang luar terhadap negara kita.
Pelabur berhati-hati apabila pembangkang burukkan kerajaan: Ahmad Husni
TAMBUN: Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kesan kepada pelabur asing kerana mereka lebih berhati-hati terhadap suasana sosial di negara ini.Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah pembangkang membangkitkan isu perkauman dan agama di kalangan masyarakat berbilang etnik menimbulkan kegelisahan di kalangan orang-ramai.Katanya, kegelisahan masyarakat dibimbangi akan bertukar kepada konflik antara etnik dan pelabur mengambil-kira risiko berkenaan sebelum membelanjakan wang mereka di negara ini.
"Prinsip demokrasi di negara kita, selepas pilihanraya parti pembangkang masih bermain politik dengan membangkitkan pelbagai isu kaum dan agama hingga boleh menimbulkan konflik.
"Pelabur asing memang mengambil-kira risiko sosial yang akan mereka tanggung jika melabur di negara yang tidak stabil dari segi sosial ini," katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan BERNAMA bahawa tindakan pembangkang memburuk-burukkan nama negara mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap kerana FDI menyusut. Mukhriz berkata, pada 2009, jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion, satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lalu.
No comments:
Post a Comment