Monday, July 19, 2010

Syabas Khir Toyo yang sudah insaf dan sedar diri ?

Sejak 2 dan 3 hari ini Khir Toyo adalah menjadi hero baru Umno. Semasa menjadi MB Selangor dia tidaklah pula buat kerja-kerja macam tu. Bagi kita bagus dan syabas Khir Toyo kerana bekerja macam seorang wakil rakyat.

Beliau bersama-sama krewnya termasuk media diajak bersekali dalam Edisi Siasatnya bagi membuat pendedahan, kepincangan, salah urus, ketidakpekaan kerajaan Selangor yang ada kini.

Ramai orang kagum, dan tabik dengan Khir Toyo yang baru. Maknanya Khir kini sedar dia adalah ibarat melukut sahaja di tepi gantang. Adanya sekadar ada cuma orang tidak nmelihat lagi melukut tu, tetapi orang tengok dan pandang beras. Walaupun melukut itu datang daripada serpihan beras yang patah. Ada tidak menambah tiada tidak berkurang itulah satstus melukut tepi gantang.


Apa pun watak dan perwatakan semasa meninjau kawasan masih tidak dapat memaparkan sewakil rakyat yang marhein. Kerana cara gaya dan lagaknya memang tidak menonjolkan kepimpinan rakyat sebenar.

Rakyat kini pandai dan dapat menilai mana intan dan mana kaca. tetapi kita ingin ulangi Khir dan rakan-rakan pembangkang di DUN Selangor kini benar-benar bekerja dan membuat kerja. Ingatan kita jangan lupa menyalurkan sumbangan kepada mana-mana keluarga yang dhaif d Selangor.


No comments: