Monday, July 19, 2010

Antara Najib dan Dr M: Siapa lemah

Antara Dr M dan Najib kedua adalah PM Malaysia. Dr M adalah bekas PM Malaysia. Antaranya Dr M adalah paling lama menjadi PM. Manakala parti-parti politik di Malaysia termasuklah PAS. Bagi kedua-duanya nampak Dr M tidak pernah bersungut dan heran dengan telatah PAS.

Nampak antara kedua Najib lemah daripada Dr M. Hari ini Najib minta supaya PAS berhenti menghina Umno melalui ceramahnya setiap malam. Najib nampak merayu dan ternyata kalah dan lemah berbanding Dr M.

Namun kita jangan lupa antara kedua siapa yang nekad dan berani


Henti menghina


NAJIB bersalam dengan pemimpin masyarakat Cina Sabah, di Pacific  Sutera Harbour, di Kota Kinabalu, semalam.
NAJIB bersalam dengan pemimpin masyarakat Cina Sabah, di Pacific Sutera Harbour, di Kota Kinabalu, semalam.
Kerjasama kukuhkan perpaduan Melayu, umat Islam perlu keikhlasan: Najib

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak berkata, PAS perlu lebih ikhlas dan menghentikan penghinaan terhadap UMNO menerusi siri ceramah dan ucapan pemimpinnya jika benar-benar berminat bekerjasama ke arah mengukuhkan perpaduan Melayu serta umat Islam. Presiden UMNO berkata, sikap berdolak-dalik PAS dalam hal itu, termasuk mengenakan pelbagai prasyarat sebelum ini dengan sendirinya menimbulkan persoalan mengenai kejujuran pemimpinnya untuk berbincang secara rasional.

“Jika betul kita ingin berbincang mengenai perpaduan, jangan ada apa-apa prasyarat dan jangan terus menghina UMNO dalam ucapan mereka. Jangan lagi mengutuk antara satu sama lain. Pendirian UMNO dalam hal ini tidak pernah berubah, tetapi nampaknya PAS mempunyai banyak pertimbangan lain. Dia nak kaitkan perbincangan kita dengan isu royalti minyak dan sebagainya, sedangkan kita sudah jelaskan ini bukan soal royalti minyak.

“Ia adalah wang ehsan yang berada dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut peruntukan Perlembagaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis bersama pemimpin masyarakat Cina Sabah, di Pacific Sutera Harbour, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Datuk Sari Nuar.

Najib juga berkata, soal kejujuran sebenar dalam agenda menyatukan orang Melayu dan umat Islam berada pada tangan PAS selaku parti pembangkang.
“Kita biarkan mereka membuat keputusan mengenai cadangan asal. Kita tak nak asyik ulang isu ini... kita nak tengok sikap dan pendirian PAS. Bagi saya, terpulanglah kepada PAS untuk menetapkan pendirian,” katanya.

Kelmarin, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, mengesahkan ada menemui pemimpin UMNO dan PAS bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti berhubung perpaduan Melayu dan umat Islam.

Perkembangan itu adalah rentetan kesediaan UMNO bersemuka dengan PAS demi membincangkan isu perpaduan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sedia mengadakan perbincangan, termasuk secara tidak rasmi bagi mendapatkan titik persamaan dan persefahaman.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula sebelum ini menyatakan kesediaan bersemuka dengan Muhyiddin secara empat mata pada bila-bila masa untuk membincangkan pelbagai perkara asalkan tidak membabitkan rundingan UMNO-PAS.

No comments: