Friday, July 16, 2010

Subsidi: Tidak membebankan rakyat ?

Pernyataan ayat yang paling sempurna dan hebat adalah bagaimana media melaporkan , rakyat tidak terbeban bilamana subsidi kerajaan ditarik atau dikurangkan dalam sebarang barang serta perkhidmatan.

PM berjanji bahawa rakyat tidak atau bakal terbeban dengan sikap kerajaan mengurangkan subsidi. Sebab dan punca subsidi dikurangkan kerana kerajaan mahu berjimat. Ayat power dan mengancam jika sesiapa mendengarnya akan terpesona sungguh bahawa kerajaan yang ada adalah kerajaan yang sungguh menjiwai serta menyayangi rakyat.

Dengan menghujahi wang yang banyak sebagai contohnya akan disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wilayah iaitu sebanyak RM18 billion. Aduhai, lunak dan luluh lantak hati kita bagaimana perihatinnya kerajaan terhadap wang.


Tidak bebankan rakyat - PM


Najib Tun Razak, Shafie Apdal, Latt Shariman Abdullah (kanan) bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah pada sesi bergambar selepas perasmian mesyuarat perwakilan bahagian itu di Alor Setar, semalam. - utusan/Halim Khalid


ALOR SETAR 15 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menggunakan kaedah dan pertimbangan yang tidak membebankan rakyat dalam proses untuk menyelaraskan subsidi.

Beliau berkata, penyelarasan itu antara lain bertujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang bakal memberi pelbagai kebaikan seperti mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara dan mengurangkan defisit fiskal.

Katanya, ia juga sekali gus membuatkan pasaran dunia dan dalaman akan lebih yakin mengenai kekuatan ekonomi negara.

"Kita menggunakan penjimatan perbelanjaan kerajaan itu untuk memenuhi lebih banyak agenda seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang bakal dilaksanakan.

"Jadi ini merupakan satu proses dan kerajaan akan mengkaji semula pemberian subsidi ini berdasarkan pada kenaikan yang sangat minimum supaya tidak membebankan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya yang menyentuh perkara berkenaan, Perdana Menteri berkata, salah satu cabaran untuk mengukuh dan membangunkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang adalah subsidi besar yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

Justeru, tegas beliau, kerajaan terpaksa membuat sedikit perubahan dalam perkara tersebut tetapi tidak akan membebankan rakyat.

"Saya nak sebutkan di sini bahawa apabila kita mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam bentuk subsidi, kita gunakan peruntukan itu untuk membangunkan rakyat terutama di luar bandar," katanya.

Najib memberikan contoh, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memerlukan peruntukan sebanyak RM18 bilion sehingga 2012 untuk mengisi agenda NKRA kementerian itu dalam meningkatkan prasarana penduduk luar bandar di seluruh negara.

Oleh itu, kata beliau, rakyat harus faham mengenai perancangan kerajaan untuk membuat perubahan berkenaan semata-mata demi kebaikan semua.

No comments: