Friday, July 16, 2010

Pemimpin dungu rakyat ....???

Ayat yang paling membodohkan rakyat. Adalah dengan sifir mudah barang baik subsidi ditarik dan ia tidak membebankan rakyat. Ini adalah teori pemimpin Umno paling dungu abad ini.

Dunia memntertawakan kita dan pemimpin kita, sekaligus dunia melihat bahawa inilah bentuk bagaimana minda kelas pertama dan berfikir bertaraf dunia. Masalah simple dan mudah pun rakyat gagal fahami dan betapa hebat pemimpin memperkotak katikkan rakyatnya.

Apalah malangnya kita ?


Tidak bebankan rakyat - PM


Najib Tun Razak, Shafie Apdal, Latt Shariman Abdullah (kanan) bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah pada sesi bergambar selepas perasmian mesyuarat perwakilan bahagian itu di Alor Setar, semalam. - utusan/Halim Khalid


ALOR SETAR 15 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menggunakan kaedah dan pertimbangan yang tidak membebankan rakyat dalam proses untuk menyelaraskan subsidi.

Beliau berkata, penyelarasan itu antara lain bertujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang bakal memberi pelbagai kebaikan seperti mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara dan mengurangkan defisit fiskal.

Katanya, ia juga sekali gus membuatkan pasaran dunia dan dalaman akan lebih yakin mengenai kekuatan ekonomi negara.

"Kita menggunakan penjimatan perbelanjaan kerajaan itu untuk memenuhi lebih banyak agenda seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang bakal dilaksanakan.

"Jadi ini merupakan satu proses dan kerajaan akan mengkaji semula pemberian subsidi ini berdasarkan pada kenaikan yang sangat minimum supaya tidak membebankan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya yang menyentuh perkara berkenaan, Perdana Menteri berkata, salah satu cabaran untuk mengukuh dan membangunkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang adalah subsidi besar yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

Justeru, tegas beliau, kerajaan terpaksa membuat sedikit perubahan dalam perkara tersebut tetapi tidak akan membebankan rakyat.

"Saya nak sebutkan di sini bahawa apabila kita mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam bentuk subsidi, kita gunakan peruntukan itu untuk membangunkan rakyat terutama di luar bandar," katanya.

Najib memberikan contoh, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memerlukan peruntukan sebanyak RM18 bilion sehingga 2012 untuk mengisi agenda NKRA kementerian itu dalam meningkatkan prasarana penduduk luar bandar di seluruh negara.

Oleh itu, kata beliau, rakyat harus faham mengenai perancangan kerajaan untuk membuat perubahan berkenaan semata-mata demi kebaikan semua.

No comments: