Friday, July 02, 2010

FELDA: Saman Suara keadilan

Suara Keadilan akhbar tabliod milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama penerbit dan pencetaknya akan disaman oleh FELDA sebanyak RM200 juta. Writ saman telah dikeluarkan pada hari ini (semalam) yang memberi tempoh 7 hari daripada tarikh berkenaan untuk Suara Keadilan memohon maaf dan menjelaskan gantirugi sejumlah RM200 juta. Ini adalah gara-gara satu artikel muka hadapan Suara Keadilan keluaran Jun 2010 yang bertajuk FELDA BANGKRAP.

Reaksi segera gerakan membela Felda digerakkan oleh menteri bertanggungjawab di JPM iaitu Dato Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan Umno Apco. Dan kemeriahan saman itu dikatakan dikongsi sama oleh sekumpulan anak-anak Felda yang berjaya termasuklah Pengerusi Syabas yang makan gaji dengan kerajaan Selangor.


Maka dua tiga hari ini isu Felda mendapat perhatian. Dan hari kelmarin juga dikhabarkan seramai 500 orang peneroka Felda yang berjiwa Umno bersama pasukan keselamatan membuat demo dihadapan pejabat Suara Keadilan di Shah Alam.


Inilah bentuk dan pembelaan keadilan zaman ini, keadilan ala Malaysia. Golongan yang mendedahkan kebenaran dan memperjuangkan kebenaran akan dianggap sebagai pesalah, tetapi pelaku salah adalah sebagai hero. Inilah rupa dan wajah keadilan di Malaysia ?


Namun kita yakin ramai mereka yang cintakan keadilan dan kebenaran tidak terasuk dek tindakan segelintir Peneroka Berwajah Umno. D mana mereka mahu perbadanana awam atau Badan Berkanun ini musnah dan dibangkrapkan. Mereka suka kumpulan juhalat meratah duit Felda sedut semahu-mahu atas usaha mengurus dan menyediakan aset bernilai tinggi Felda.


Dan yang pelik organisasi awam ini boleh pula digerakkan bagi menyaman akhbar. Sepatutnya mereka boleh bersemuka dengan pengurusan Suara Keadilan berbincang secara baik, mohon penjelasan dan minta dibuktikan.


Ini tidak tindakan politik, seolah-olah Felda maksum daripada segala kesalahan dan salah urus. Sepatutnya kakitangan dan pihak pengurusan yang ada jangan terlalu terikut-ikut dengan rentak menteri Umno Apco yang sememangnya mahu menjadi juara





Apa yang menarik duit susutan Felda daripada RM2.7 billion didakwa ini angkanya tidak tepat , tetapi jumlahnya adalah sebanyak RM8 billion bagi tempoh 2004-2009.

No comments: