Tuesday, July 20, 2010

2 kali persidangan meja bulat , UPSR dan PMR mansuh

Sesuatu yang biasa di Malaysia adalah cepat membuat keputusan dan rumusan bagi sesuatu perkara. Kehendak politik atau politcal will kepimpinan mendahului daripada kehendak dan kepentingan negara serta atas bebebasan maka perancangan pandangan dan usaha kerajaan jarang digagalkan. Inilah namanya pengaruh kuasa dan kekuasaan yang ada. Itu adalah peranan pimpinan politik.

Usaha terbaru kerajaan Malaysia adalah mahu memansuhkan dua peperiksaan awam, iaitu UPSR dan PMR. Kelmarin dan akan datang diadakan dua kali sahaja persidangan meja bulat. Cukup cepat dan deras keputusannya.

Hasil atau NKRA daripada 2 kali persidangan meja bulat, akan dijadikan asas dalam membuat dan mengambil keputusan dalam memansuhkan UPSR dan PMR. Begitulah bentuk kajian dapatan ala Malaysia, simple dan mudah.

Sebenarnya , terlalu banyak pandangan pro dan kontra, serta pandangan alternatif bagi menggantikan dua peperiksaan awam ini. Alasan kukuh pemansuhan dua peperiksaan dan rasional untuk tidak melaksanakan dua peperiksaan awam ini beralasankan sisitem kita terlalu berorentasi peperiksaan sebagai trademark dalam pendidikan kita. Inilah alasan atau hujah kukuh bagi penolakkan dua peperiksaan ini.

Penulis melihat dengan pemansuhan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada para guru di sekolah seluruh Malaysia. Bebanan tugas 'nampak' semakin kurang dan tiada bebanan tugasan terhadap mereka. Lebih ringan benarkah sedemikian.

Namun di Malaysia, tugas yang ringan akan lebih terbeban lagi dengan sistem baru yang bakal diperkenalkan akan lebih membebankan dengan sebelumnya.

Pandangan Timb Menteri Pelajaran agar kerajaan tidak membuat keputusan secara tergesa-gesa. Kajian terperinci dan komprehenshif hendaklah dilaksanakan. Satu pasukan kajian kumpulan pakar hendaklah dibentuk bagi melaksanakan pemansuhan domestik peperiksaan awam. Natijah dan kesan masa depan anak-anak kita bakal digadai untuk masa depan negara kita.

Berhemat dan berhemah dalam membuat keputusan, cari baik buruk lebih kurang terhadap sisitem pendidikan kita ini.






Tidak Boleh Terburu-buru Buat Keputusan Mansuh UPSR, PMR

GENTING HIGHLANDS: Keputusan mengenai pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak boleh dibuat terburu-buru kerana ia merupakan keputusan besar membabitkan masa depan anak-anak bangsa.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata walaupun ketika ini banyak pihak memberi maklum balas positif kepada pemansuhan kedua-dua peperiksaan umum itu, kerajaan perlu menyediakan perancangan alternatif jika ia benar-benar dimasuhkan.

"Pada saya, isu ini tidak boleh diputuskan secara terburu-buru kerana kita perlu teliti semua pandangan sebab ia melibatkan satu keputusan besar membabitkan sistem pendidikan negara yang melibatkan perubahan besar termasuk dari segi logistik.

"Ia turut membabitkan ibu bapa dan masa depan anak-anak...atau dalam kata lain melibatkan kualiti pendidikan negara, jadi ia tidak boleh dibuat terburu-buru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini, Selasa.

Mohd Puad berkata dalam membuat keputusan itu, kerajaan juga perlu melihat kemampuan kementerian dari segi penyediaan alternatif atau pilihan lain sekiranya keputusan dibuat untuk memansuhkan peperiksaan itu.

"Apabila melibatkan alternatif, maka persiapan kita dari sudut itu perlu dibincang dan dipertimbangkan," katanya.

Perbincangan meja bulat pertama membabitkan kira-kira 100 warga pendidik terdiri daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Pengarah Bahagian di kementerian, Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua, Guru Besar, Kesatuan dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, diadakan di Putrajaya semalam bagi mengumpul pandangan dan input berhubung cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu.

Perbincangan kedua bakal diadakan Selasa depan yang melibatkan ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan, ahli politik serta pihak lain yang berminat dan berkepentingan dalam isu itu.

Dr Mohd Puad berkata perbincangan itu penting kerana boleh mengelak daripada hanya mendengar dari satu sumber kerana kementerian cukup bimbang jika keputusan yang dibuat kelak boleh menimbulkan kecelaruan.

"Walaupun saya akui kesatuan guru bersetuju pemansuhannya, tetapi itu hanyalah pandangan daripada mereka yang berada dalam bidang pendidikan. Yang pasti kita perlu dengar lebih banyak pandangan daripada pihak luar agar keputusan yang diambil boleh memberi kebaikan kepada semua," katanya.

No comments: