Friday, April 09, 2010

Mana etika kita pimpinan Melayu Islam

Syabas kepada ketua Wanita MCA yang mengambil pendirian dan memegang pendirian tegas soal dasar dan prinsip. Lebih-lebih yang menarik beliau adalah seorang wanita Cina generasi muda yang diangkat sebagai seorang pimpinan.

Beliau mengambil pendirian meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan serta merta mulai daripada tarikh penyerahan surat tersebut. Gara-gara daripada kemenangan Dr Chua Soi lek sebagai Presiden MCA yang baru. Dr Chua pula dikaitkan dan mengakui secara terbuka beliau terlibat dalam skandal dan kegiatan tidak bermoral dan telah mengakui mengadakan hubungan seks dengan wanita bukan isteri nya yang sah. Inilah punca mengapa Ketua Wanita MCA ini menolak kepimpinan Dr Chua.

Bagi negara kita kes seumpama ini jarang berlaku, dan bila jarang berlaku justeru itu masyarakat juga jarang menerima perlakuan sedemikian. Media-media berbahasa Melayu mengelap dan mendiamkan tentang hal ini, tetapi mengungkit-ungkit bilamana ada keuntungan politik bagi mereka.

Inilah wajah media berbahasa Melayu yang lebih mendokong dan mengampu tuannya daripada menyatakan etika medianya.

Malahan tindakan ketua Wanita MCA ini disenyapkan , tanpa reaksi oleh mana-mana Ketua wanita komponena mereka yang dulu sering berjuang hak dan persamaan gender. SIS yang liberal dan moderate senyap, mungkin enggan bercakap kerana ia melibatkan paigam hak asasi lelaki yang bernama Dr Chua dan rakan sekatilnya itu.


Peletakan jawatan Mei Fun tak jejaskan BN

HANOI 8 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peletakan jawatan Datin Paduka Chew Mei Fun daripada semua jawatan dalam parti dan kerajaan tidak akan menjejaskan persiapan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor akhir bulan ini. Sebaliknya Najib menyifatkan tindakan yang diambil Mei Fun itu sebagai masalah dalaman parti MCA.

''Mei Fun sudah membuat kenyataan umum sekiranya Presiden yang ini (Datuk Seri Chua Soi Lek) menang, beliau akan meletak jawatan. Beliau hanya mengotakan janji yang telah dibuat," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-16 di sini hari ini.

Najib mengulas tindakan Mei Fun melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan hari ini.

Ketua Wanita MCA itu mengumumkan beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai Senator dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mei Fun menegaskan peletakan jawatannya sebagai Sayap Wanita parti bagi mempertahankan keseimbangan gender serta hak dan maruah wanita di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, MCA akan menyusun semula sayap Wanitanya bagi memastikan sumbangan parti itu pada pilihan raya kecil tersebut tidak akan terjejas dengan tindakan Mei Fun itu.

''Dia dah buat kenyataan. Saya ingat dia tak boleh tarik balik," kata beliau.

Mengenai kenyataan Mei Fun bahawa pemimpin yang tidak boleh menjadi contoh yang baik tidak seharusnya dipilih, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata: '' Itu pendirian dia dan Mei Fun telah membuat pilihan dia sendiri."

Mei Fun turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Wanita MCA bahagian Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana MCA dan ia berkuat kuasa hari ini.

Surat peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Senator akan diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri esok

No comments: