Thursday, April 15, 2010

Malaysia Tanah air ku

Berita dan paparan di bawah tidak mempelikkan kita di Malaysia. Kerana kes yang berlaku adalah terpencil sahaja. Meminjam ayat yang selalu menteri gunakan. Apa yang mahu dihairankan sedangkan enjin jet yang besar boleh hilang, duit BMF RM2 billion sampai sekarang tidak 'dijumpai' , apalah ada dengan kes 'buat lokasi filem' ?


Penerbit filem asing dipercayai menjadikan Taman Negara sebagai lokasi pembikinan filem lucah.

KAWASAN yang didakwa menjadi lokasi penggambaran filem lucah di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.

Penggambaran tersebut dikatakan dilakukan dengan melibatkan pelakonnya berbogel di Taman Negara Kuala Tahan di sini sehingga mencetuskan kemarahan penduduk tempatan.

Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak mendedahkan, penggambaran seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberikan imej buruk kepada negara.

“Saya menerima aduan daripada penduduk dan semasa membuat lawatan mengejut di situ awal April lalu, saya telah melihat sendiri beberapa adegan yang tidak sepatutnya.

“Malangnya, pengarah produksi asing berkenaan tetap berkeras mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagian merupakan arahannya,” kata beliau semasa ditemui pemberita.

p/s: Satu lagi perkara yang boleh mendatangkan bala kepada negara ini. Dan nampaknya Malaysia dah semakin terserlah maju kehadapan seiring dengan negara-nagara barat.

No comments: