Thursday, April 15, 2010

Antara seorang Guru dan Mawi di boo

Seorang guru tua, telah diboo oleh satu floor pelajar di satu majlis, selepas beliau bertindak merotan palajar yang nakal. Akibat diboo guru tua berkenaan bertindak menempeleng dua 'pelajar nakal' tadi. Pelajar lain terlepas, kerana jumlah mereka yang ramai dan mana mungkin dikenakan hukuman kepada 1000 orang yang lain.

Tindakan guru mengundang kemarahan kepada ibubapa yang anak nyaa terlibat tadi. Ibubapa yang anaknya terhukum bertindak datang ke sekolah lalu menyerang pihak sekolah. Malah beliau bertindak melaporkan kepada pihak polis tanpa mendapat penjelasan terlebih dahulu daripada pihak sekolah dan guru yang terlibat.

Pihak polis terus bertindak membuat siasatan. Hasil perundingan 3 pihak sekolah, polis dan gurupelajar terloibat di selesaikan. Namun ibubapa yang anaknya salah seorang yang mengeboo guru tadi enggan menerima penyelesaian tersebut. Malah beliau mencabar guru berkenaan supaya jika tidak tahan diboo, sila menoreh getah an berhenti menjadi seorang guru.

Itulah kesan daripada mengeboo...

Mawi Mencari Jawapan Di'boo'
Mawi bersedia menempuhi zaman kejatuhannya- Foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

PERISTIWA di'boo' penonton ketika malam Anugerah Bintang popular yang berlangsung baru-baru ini, penyanyi dan penerbit, Asmawi Ani memberitahu perkara tersebut masih menimbulkan persoalan kepadanya.

Menurut penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Johor, ini, dia keliru dan tertanya-tanya kenapa perkara begitu berlaku kepadanya di dalam majlis yang gilang gemilang itu.

"Saya sendiri tertanya-tanya kenapa perkara begitu boleh terjadi kepada saya, saya tidak buat salah. Secara jujur kalau boleh saya nak tahu jawapannya.

"Bagi saya kalau mereka tidak suka, tidak perlu 'boo'. Sebab kita datang ke sesebuah majlis adalah untuk memeriahkan majlis dan beri sokongan bukan untuk merosakkan atau memalukan orang.

"Saya sedih sebab sebelum ini belum pernah terjadi perkara-perkara sebegitu dan saya harap ia tidak berulang pada majlis anugerah yang akan datang," ujarnya yang bakal mengadakan persembahan pada Anugerah Industri Muzik akan datang.

Dalam pada itu, Mawi yang baru sahaja keluar dengan produk terbarunya, telemovie Jiwa Kacau pada 11 April lalu memberitahu pembabitannya dalam bidang produksi adalah sebagai langkah untuk masa akan datang.

Mawi dan isterinya, Ekin.

"Industri hiburan terlalu besar, bukan hanya bidang nyanyian sahaja. Saya cuba beralih ke bidang produksi bagi memantapkan lagi empayar saya.

"Saya mahu peminat saya tahu saya masih aktif dalam industri ini. Saya juga terfikir tak kan mahu menyanyi sampai tua," jelasnya.

Selain itu, ketika ditanya tentang populariti yang semakin menurun, Mawi memberitahu dia sudah bersedia menghadapinya.

"Sebelum saya menjadi artis, saya berada di bawah jadi kalau sekalipun saya jatuh dan tidak popular saya tidak rasa terkejut sebab saya pernah melaluinya.

"Hidup ini seperti roda, kadang kala kita berada di atas dan kadang kala di bawah, saya perlu menerimanya sebab itulah lumrah kehidupan," ujarnya.

Raja SMS ini turut mengakui hal-hal peribadinya sedikit sebanyak menyumbang kepada kejatuhannya.

"Saya akui hal peribadi saya memberi kesan sampingan kepada populariti namun ia bukan faktor utama. Saya sedar tahun lalu saya agak slow sedikit.

"Insya Allah tahun ini saya akan keluar dengan lebih banyak drama dan sebuah album duet dan filem Magika," katanya.

No comments: