Wibawa atau tidak dengan keluar Dewan ?
Ukuran wibawa TPM adalah samada wakil rakyat pembangkang keluar dewan atau ada dalam dewan. Jika itulah ukurannya bagaimana dengan tindakan wakil rakyat P Pinang yang keluar dewan Undangan Negeri sikit masa dahulu. Begitulah juga dengan sikap wakil rakyat DUN Kelantan daripada BN yang juga bertindak keluar dewan dahulu.
Pembangkang tidak mampu jadi wakil rakyat berwibawa: Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar dari  Dewan Rakyat tidak mampu berfungsi sebagai wakil rakyat berwibawa, kata  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, tindakan meninggalkan dewan semalam juga  menyebabkan ahli Parlimen berkenaan tidak dapat memanfaatkan masa mereka  untuk menyuarakan masalah rakyat.ita harap rakyat akan dapat menilai bagaimana mereka bukan saja  tidak mengendahkan titah nasihat Seri Paduka Baginda, tetapi juga tidak  dapat berfungsi sebagai ahli Parlimen yang berwibawa apabila tidak hadir  semalam pada waktu debat.        "Mereka keluar dewan ramai-ramai, maknanya mereka sudah tidak dapat  menggunakan masa yang penting dalam dewan untuk menyuarakan beberapa  perkara pokok masalah rakyat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat  jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di  sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran diminta mengulas tindakan  sekumpulan ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar dewan selepas  tidak dibenarkan membahaskan usul Kementerian Dalam Negeri berkenaan  arahan kepada ketua polis untuk memastikan jalan dan laluan ke Parlimen  dibuka sepanjang masa bagi memudahkan ahli Parlimen.Isnin lalu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam  titah ucapan baginda sempena pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga  Parlimen ke-12, sekali lagi menegur tingkah laku dan tutur kata ahli  Parlimen.Muhyiddin berkata, perkara itu adalah serius jika Seri Paduka  Baginda mengulangi tegurannya terhadap perilaku yang disifatkan baginda  tidak mencerminkan imej wakil rakyat."Tetapi malangnya, mereka tidak menghormati ataupun beri perhatian  kerana pastinya, kalau sudah berulang dua kali, itu satu pandangan yang  serius yang telah disuarakan Seri Paduka
Baginda, takkan mereka tidak  faham lagi."Mengambil langkah seperti mana yang kita lihat semalam, bukan  merupakan contoh yang terbaik, sedangkan mereka ini ada yang terdiri  daripada orang-orang yang berpengalaman, kita tahu dari segi latar  belakang, berpendidikan tinggi, profesional dan sudah lama berpolitik."Kita harap rakyat akan dapat menilai mereka ini," katanya.  
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment