Wednesday, March 17, 2010

MEB baik bila UMNO BN buat

Hak bumiputera tidak dihapus dalam model ekonomi baru

KUALA LUMPUR 17 Mac – Model ekonomi baru (MEB) yang akan diperkenalkan tidak akan menghapuskan hak istimewa bumiputera tetapi akan memfokuskan kepada kerjasama dengan bukan bumiputera, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, antara bentuk kerjasama yang diharapkan adalah dalam aspek politik dan promosi dalam perniagaan.

"Kita mahu supaya ada kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang bukan sahaja menguntungkan bumiputera, tetapi juga bukan bumiputera,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz mahu tahu tentang pengekalan istilah bumiputera dalam MEB yang akan diperkenalkan tidak lama lagi dan apakah langkah untuk mengelakkan timbulnya masalah antara kaum.

Nazri berkata, status dan hak golongan bumiputera tidak akan diketepikan dalam MEB dan bagi memastikan perkara tersebut, setiap tindakan yang akan diambil haruslah berpaksikan kepada perlembagaan dan undang-undang negara. – Bernama

No comments: