Tuesday, February 23, 2010

Rais menyibuk pula

Bila Rais menjadi Setpol Anwar. Kan ini menarik jadinya. Apa perlu dan kenapa perlunya Rais menyibuk dalam soal ini.

Jika begitu agaknya. Pertama Rais mahu meraih keuntungan politik nya yang semakin pudar dan suram dan juga tumpang sekaki populariti agar ia masih diingati dan berbisa dalam UMNO. Kedua teringin semangkuk kendurikan isu Anwar untuk berada dalam kelompok ampu sini dan ampu sana. Ia mahu PM melihat Rais juga masuk dalam aliran perdana, maka tidak dapat tidak demi suvival politiknya Rais terpaksalah juga bercakap. Maka cakapnya bukanlah laku. Rais kena sedar dia diletakkan di portfolio budaya sahaja, warisan dan pameran sahaja.Makna moral cerita Rais sekarang sudah mahu jadi barang lama oi...


Rais Setuju Anwar Perlu Lepas Jawatan Ketua Pembangkang

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau bersetuju dengan pendapat beberapa pihak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen ekoran pertuduhan liwat yang dihadapinya itu.

Beliau berkata negara sudah banyak melihat kes apabila mereka yang menghadapi pertuduhan di mahkamah meletakkan jawatan seperti Tan Sri Kasitah Gaddam sebagai menteri beberapa tahun dulu dan juga penjawat awam lain apabila menghadapi tuduhan di mahkamah.

"Dari segi keluhuran undang-undang atau perimbangan hak asasi, sebaik-baiknya seseorang yang pegang jawatan sama ada sebagai ahli parlimen, ketua pembangkang, menteri atau anggota pentadbiran harus meletak jawatan dulu dan menghadapi dakwaan yang dikemukakan padanya.

"Pandangan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berbuat demikian bukan sahaja memenuhi tuntutan perimbangan kesejagatan undang-undang tetapi juga dari segi prinsip perjuangan beliau sendiri sebab beliau banyak berhujah tentang keadilan sosial dan masyarakat madani," kata Rais ketika diminta mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai perkara itu.

Terdahulu Rais melancarkan "TMpoint on Wheels", satu perkhidmatan Telekom Malaysia secara bergerak kepada pelanggan yang menyediakan perkhidmatan seperti produk telekom dan pembayaran bil, di Menara TM di sini hari ini.

Laporan Utusan Malaysia itu memetik pandangan ahli akademik yang berkata bahawa Anwar perlu melepaskan jawatan itu dan digantikan sama ada oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP Lim Kit Siang agar mereka boleh menumpukan sepenuh masa kepada perjalanan Dewan Rakyat kerana Anwar perlu banyak masa mempersiapkan diri menjalani prosiding mahkamah.

"Saya setuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak ke arah itu. Jadi sekarang perkara itu sudah sampai ke batang hidung beliau (Anwar), saya percaya beliau harus berfikir dan jalan keluar terbaik ialah meredakan keadaan dan letak jawatan.

"Tapi ini bukan mudah dan terserahlah kepada beliau," kata Rais. - BERNAMA

No comments: