Wednesday, January 13, 2010

UMNO Juara Rakyat, Rakyat di dahulukan !!!


Dapur Malaysia dilancarkan semalam oleh TPM di London. Tujuan dan matlamat untuk mempromosikan makanan Malaysia. Dalam masa yang sama bajet dalam bidang pendidikan di Malaysia dikurangkan. Antaranya bayaran asrama kepada pelajar yang dulu mereka berpendapatan berapa sahaja jumlahnya adalah sama satu Malaysia iaitu RM1 bagi sebulan. Kini mereka yang berpendapatan RM5000 (campur emak dan ayah) dikenakan RM3 sebulan pula. Dan pelajar-pelajar asrama cuma dibenarkan berada di asrama 200 hari. Lain-lain kegiatan kokurikulum minta diadakan dipremis percuma. KWAPM, RMT, Bocer Tusyen, Makan Percuma dimansuhkan semuanya.

Pihak sekolah boleh mahu mengadakan apa yang sedia ada tetapi syaratnya adalah ibubapa membayar sebagai contoh tuisyen percuma yang dulunya dinamakan Bocer Tuisyen. Inilah slogan rakyat didahulukan dan UMNO Juara Rakyat. Kerana bagi UMNO rakyat adalah rakyat, kuli kepada UMNO. UMNO juara dan tuan. Maknanya ketuanan UMNO bawah rejim Najib cukup hebat.

Rakyat Malaysia kali ini dihadiahkan kenaikan gula 20 sen. Rakyat diminta jangan marah.

Cuma kini rakyat marahkan kalimah ALLah mahu dikongsi sama oleh pihak gereja. Maka kongsi-kongsi yang lain rakyat reda sahaja. Indikatornya rakyat Malaysia adalah merupakan rakyat yang 'paling celik agama di dunia' berbanding dengan rakyat negara lain.




Pendidikan: UK minat kerjasama dengan Malaysia


Muhyiddin Yassin berjabat tangan dengan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown (kiri) sebelum majlis perasmian Forum Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II, London, semalam. - bernama


LONDON 12 Jan. - United Kingdom (UK) berminat mengadakan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, perkara itu disuarakan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown yang mengadakan pertemuan singkat dengannya sebelum pembukaan Forum Pembelajaran dan Teknologi Dunia 2010 di Pusat Persidangan Elizabeth II di sini semalam.

Muhyiddin ialah satu-satunya menteri yang ditemui Brown dalam forum yang turut dihadiri 73 Menteri Pelajaran dari seluruh dunia itu.

"UK mahu mengeratkan lagi kerjasama dua hala sedia ada terutama dalam bidang pendidikan," katanya yang juga Menteri Pelajaran kepada wartawan Malaysia di sini.

Forum tiga hari bermula semalam itu bertujuan membantu pemimpin pendidikan dunia membincangkan dan mengkaji bagaimana teknologi mampu menambah baik kualiti serta akses kepada pendidikan.

Ia adalah forum pendidikan paling ramai disertai pemimpin pendidikan dunia membabitkan sektor sekolah dan pengajian tinggi.

Turut hadir dalam forum berkenaan ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan beberapa Ahli Parlimen Malaysia. - utusan





No comments: