Wednesday, January 13, 2010

Sampai bila mahu dihentikan

Inilah seorang lagi ultra Melayu yang menggila mempertahankan kononnya. Oleh kerana terlalu sayangkan Islam. Ingat pengamalan Islam kita hanya terikat dengan kalimah.

Isu nama kalimah sengaja di bawa sekarang. Kenapa dibangkitkan sekarang. Apa agenda perancang.


Cadang Sidang Khas di Parlimen selesai isu


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menggesa Majlis Raja-Raja segera mengadakan sidang khas bagi mencari penyelesaian isu penggunaan kalimah Allah.

Menurutnya, sidang khas ini untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan perlu di laksanakan dengan segera.

“Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengutuk serangan pembakaran ke atas gereja di negara ini. Tindakan ini langsung tidak menggambarkan nilai pekerti dan akhlak pejuang-pejuang Islam” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau juga mencadangkan agar Parlimen Malaysia mengadakan sidang khas untuk membincangkan isu ini dengan segera

“Parlimen harus mencari kata sepakat dan penyelesaian yang boleh menjadi garis panduan kepada pihak-pihak yang terbabit menghadapi masalah ini,”

”Parlimen sebagai sumber tetinggi perundangan negara dan mewakili hasrat, suara dan aspirasi seluruh rakyat adalah tempat yang paling wajar untuk membahaskan isu ini secara bertamadun dan mendapa mendapat kata putus yang boleh mengikat kesemua pihak yang terbabit,” katanya.

Zulkifli juga menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan Herald menarik balik kes tersebut daripada Mahkamah

“Badan kehakiman bukan tempat yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini, sebaliknya suatu dialog tertutup perlu diadakan segera oleh kesemua pihak yang berkepentingan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik,” katanya.

No comments: